Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah

6 Sep

TAJUK                       : Kupinang Engkau Dengan Hamdalah

PENGARANG           : Mohammad Fauzil Adhim

PENERBIT                 : MitraPustaka

MUKA SURAT         : 292 muka surat

 

ULASAN

            Kupinang Engkau Dengan Hamdalah merupakan karya Mohammad Fauzil Adhimn yang diterbitkan oleh MitraPustaka,Indonesia.Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama: Kupinang engkau dengan hamdalah dan bahagian kedua: Mencapai pernikahan barakah.

            Di dalam bahagian pertama,penulis cuba menarik perhatian pembaca dengan menjawab persoalan-persoalan tentang mencari jodoh, peminangan dan pernikahan.Dalam bab ini juga penulis mengenegahkan tatacara peminangan yang dianjurkan dalam Islam,iaitu didahului dengan Hamdalah dan tanpa adanya kemaksiatan.Seterusnya,penulis cuba menyentuh tentang bagaimana dan apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang wanita itu menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh kaum lelaki.Di dalam masalah ini,penulis menyingkap sirah Rasulullah tentang perkahwinan Baginda dan Saidatina Khadijah, yang mana,Saidatina Khadijah sanggup menolak pernikahan dengan bangsawan dan raja-raja kerana ingin mengahwini Rasulullah saw yang berperibadian mulia dan berjiwa bersih.Sebenarnya,sikap menawarkan diri untuk dikahwini bukan melambangkan murahnya maruah seseorang wanita,tapi,ia melambangkan ketinggian akhlak dan kesungguhan untuk menyucikan diri dan mengharapkan redha Illahi. Di dalam bahagian ini juga,penulis cuba mengingatkan ibu bapa tentang bagaimana hendak mempertimbangkan peminangan iaitu dari segi kekuatan beragama,terlebih dahulu meminta izin dari anaknya, meminta pertimbangan isterinya dan bermusyawarah dengan kaum kerabat demi kemashlahatan semua pihak.Seterusnya, penulis juga membincangkan tentang criteria-kriteria yang perlu diambil perhatian oleh wanita yang dipinang seperti:1)agama calon suami 2)keteguhan ekonomi 3) adanya bekalan amal soleh, dan  4)adanya ilmu pengetahuan untuk mengemudikan bahtera rumahtangga kelak. Seterusnya, pernikahan yang melalui perantaraan orang tengah juga dimuatkan dalam bahagian ini dengan menyentuh cirri-ciri pemberi maklumat kepada kedua-dua belah pihak keluarga,iaitu 1)memberi informasi secara objektif 2)tidak persuasive 3)memberi informasi menurut apa yang diketahui, dan 4)bersederhana dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.Setelah semuanya berpuas hati dengan maklumat tentang kedua-dua pasangan tersebut,maka,majlis peminangan di jalankan dengan pernuh berhikmah dan kebersamaan Allah.Seterusnya, selama tempoh peminangan, seseorang yang telah dipinang hendaklah  perprasangka kepada Allah dengan sebaik-baik prasangka dan juga berprasangka baik kepada bakal suami terutamanya apabila menghadapi rintangan dan ujian dari Allah terhadap ikatan pertunangan tersebut.Di dalam bahagian ini juga, penulis menyeru para pembaca supaya menyegerakan perkahwinan bukannya mengesa-gesakan sesebuah perkahwinan.Kerana,menurut penulis, perkahwinan yang disegerakan lebih diutamakan dan lebih diberkati berbanding perkahwinan yang tergesa-gesa.

            Bahagian yang kedua ini pula berbicara tentang bagaimana hendak mencapai sebuah pernikahan yang diberkati oleh Allah swt dengan beberapa cirri-ciri yang dibincangkan dengan panjang lebar oleh penulis ini.Pertamanya, berkaitan dengan mahar. Penulis mengenegahkan masalah mahar ini dengan membincangkan nilai mahar yang sepatutnya diberikan kepada isteri,dan penulis juga memuatkan isu pernikahan barakah adalah yang murah maharnya dalam pernikahan Fatimah AzZharah.Seterusnya, penulis mengingatkan pembaca supaya menyegerakan pernikahan kerana mempersulitkan pernikahan akan menyebabkan kedua-dua belah pihak membuat perbandingan antara satu sama lain,akan menimbulkan keraguan,akan melemahkan persediaan untuk berjuang dan berkorban bersama dan juga akan menyebabkan fazhan dan ghalizal qalbi iaitu kerasnya hati pada pasangan masing-masing.  Di dalam bahagian yang kedua ini,penulis cuba menyelitkan syarat-syarat yang sering diajukan oleh pihak isteri kepada suaminya seperti mempersyaratkan untuk tinggal di rumah isteri sesudah perkahwinan, dan mempersyaratkan untuk tidak melakukan perhubungan suami isteri dan juga bagaimana untuk menyelesaikan syarat-syarat ini dalam slot dialog suami isteri. Penulis juga cuba menyentuh tentang arus masa kini yang memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk majlis perkahwinan dan semua ini adalah perkara yang membazirkan.Dan akhirnya, penulis membincangkan bagaimana untuk mengapai pernikahan yang diberkati Allah dan RasulNya, iaitu dengan bermuhasabah dengan niat sesebuah perkahwinan tersebut.

            Kesimpulannya, insya Allah buku ini amat bermanfaat bagi pembaca yang ingin meminang atau dipinang tetapi masih dalam keraguan, atau sesuai untuk mereka yang masih dalam pinangan dalam erti kata untuk menyegerakan proses ikatan perkahwinan, atau kepada mereka yang masih menunggu pinangan dari calon suami.Buku ini juga amat bermanfaat kedua-dua ibu bapa,keluarga yang akan melangsungkan perkahwinan dan kepada sesiapa yang ingin mendalami dalm bab-bab pernikahan Islami.

About these ads

2 Responses to “Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah”

  1. sutera September 6 2009 at 9:46 pm #

    Assalamualaikum..
    Bagaimana caranya nak daptkan buku ini di Malaysia?

    • nuizzamz September 7 2009 at 12:13 am #

      salam.
      sutera, buku ni ana dapatkan di pustaka indonesia, di wisma yakin, kl.
      byk buku2 indo blh dapat kat situ
      wallahulam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: