Archive | July, 2010

Doktor Boneka vs Doktor Syariat

25 Jul

Sudah ana dimaklumi, alam HO sangat berbeza dengan alam MS. Bergelar MS, minda hanya focus pada study, lecture, tutorial, case write up dan seminar. End posting exam yang menguji teori dan juga clinical skills menjadi  rutin hidup sebagai MS. Tapi, setiap kali melewati exam, bertandang juga rasa resah dan gelisah. Resah bila merasai ilmu di dada belum cukup untuk masuk exam dan gelisah bila result exam belum announce. Pass or fail !!! Tapi, bilamana hati dan jiwa ini disandarkan pada Ya Rabbul Izzati, Alhamdulillah, ketenangan itu datang dalam saat-saat kritikal itu. Ketenangan anugerah Illahi untuk hambaNya yang bertaqarrub padaNya.

Peluang menjadi one of the IIUM graduated tak akan ana sia-siakan. Ketika bergelar MS, banyak medical knowledge dan juga fiqh medic yang ana pelajari secara formal atau sebaliknya. Tak lupa juga sekalung tahniah untuk Prof Dr Ariff Osman yang sudi iniatiatekan Fiqh Medic Course semasa ana di tahun 4 pengajian.

Tapi, lain cerita bila tengok senior-senior doctor menjalankan tugas, bukan apa, lain yang ana pelajari, lain pula yang diamalkan. Kadang-kadang, ana pun keliru juga. Adakah itu kerana ikut protocol medical atau adakah itu merupakan ilmu warisan turun-temurun dari senior MO/consultant?. Cuma di saat kekeliruan itu, ana sematkan dalam hati ana untuk menegakkan apa yang ana telah pelajari walaupun apa badai yang melanda.Insya Allah, moga Allah permudahkan.

Buat sahabat-sahabatku Batch 9 IIUM , selamat menjalankan tugas sebagai HO dengan penuh keikhlasan dan jadikan kerja kita sebagai ibadah untuk menggapai syurga Allah. Doa ana sentiasa mengiringi sahabat-sahabat semua.

Sedikit petikan dari buku Denyut Kasih Medik hasil karya Dr Farhan Hadi

“ Alhamdulillah, pak cik sangat gembira tengok orang Islam jadi doctor. Kamu kerjalah elok-elok ya. Kerja dengan amanah. Setiap kerja yang kita lakukan akan disoal oleh Allah SWT. Pakcik tahu kerja doctor ni sangat sibuk, tak ada masa sangat nak baca quran dan pergi masjid. Yang penting hati kita selalu ingat kat Allah.kerja doctor ni, jalan ke syurga jelas sebab banyak tolong orang”

Hidup Teratur Dengan 3 Peraturan

12 Jul

Alhamdulillah, semenjak menamatkan pengajian ana di IIUM Kuantan sebulan yang lalu, banyak masa yang ana luangkan untuk keluarga ana dan juga keluarga zaujiy habibi dan yang teristimewanya, setiap masa ana dapat bersama zaujiy habibi dan si kecil Adam Harith. Rutin harian yang kini amat berbeza dengan rutin ana semasa di alam kampus menjadikan ana lebih matang dan juga lebih bijak menguruskan bait muslim ini.

Seronok menjadi suri rumah sepenuh masa. Pagi-pagi lagi siapkan breakfast untuk zaujiy habibi, mandikan Adam dan kemas-kemas rumah. Tengahari pula masuk dapur untuk siapkan lunch. Petang pula if rasa nak makan kuih-muih, rajinkan diri buat kuih-muih. Dalam masa yang terluang, ada juga menonton TV, baca-baca buku ilmiah dan yang selebihnya, sentiasa di sisi si kecil Adam Harith, bermain bersamanya merupakan saat-saat yang amat bahagia untuk ana dan zaujiy habibi.

Hilang sudah kepenatan ana menguruskan bait muslim ni bila melihat Adam Harith membesar fizikalnya dan berkembang kognitifnya di depan mata ana sehari-harian. Subhanallah, berseninya Al-Khaliq menciptakan si bayi dengan begitu sempurna dan membesar dengan baik. Dari hanya tangisan baby di hari pertama hinggalah kini mampu menyebut pa(papa),bu(ibu kot). Dulu, si kecil ana hanya mampu supine position, tapi, tup-tup Adam dah boleh meniarap, malah kini, sudah belajar untuk merangkak. Suatu ketika dulu, Adam Harith hanya merengek bila lapar atau pampers sudah penuh, tapi kini, regekan bukan hanya untuk dua perkara wajib tu, tapi, regekan manja bila berjauhan dengan mama dan papa serta inginkan something – yang paling Adam suka bila keluar berjalan-jalan naik kereta. Adam Harith dulu seberat 2.19 kg tapi kini hampir mencecah 8 kg. Subhanallah, Alhamdulillah atas anugerah zuriat yang tidak ternilai ini. Terima kasih Ya Allah.

Tapi, nun jauh di sudut hati,ana hanya mampu berdoa moga terus tabah menghadapi ujian yang paling besar ini-sihat dan MASA LAPANG !!!

Sekadar perkongsian dari SOLUSI isu 21- untuk menjadikan hidup ini teratur, perlu ada 3 perkara

1)      Menjaga waktu solat

2)      Menjaga waktu makan

3)      Menjaga masa tidur

Setiap insan mengimpikan sebuah kehidupan yang bersistem dan penuh dengan tata tertib. Apa yang dirancang, moga menjadi kenyataan. Tapi, Allah itu Maha Besar, Dia akan menyusun kehidupan setiap hambaNya. Ini merupakan 3 tips untuk impian menjadi kenyataan, Insya Allah.

Menjaga waktu solat

Orang yang solat bermakna dia mengingati Allah SWT dalam kehidupannya. Dalam kesibukan bekerja, dia berhenti sebentar untuk mendekati Allah SWT . Semoga dengan menjaga masa solat, Allah SWT sentiasa membantu dalam menyelesaikan masalah hidup kita. Ingatlah Allah kala senang, Allah akan mengingatimu di kala susah.

Menjaga waktu makan

Amalkan makan sederhana dan berhenti sebelum kenyang sebagaimana yang dituntut Rasulullah SAW. Jika makan terlalu kenyang boleh mendatangkan rasa malas dan mengantuk. Menangguh makan sehingga tersangat lapar juga tidak baik untuk kesihatan

Menjaga waktu tidur

Maksud di sini ialah tidur lebih awal supaya dapat bangun awal.Biar tidur mencukupi. Banyak tidur akan menyebabkan kurang proaktif, malas dan suka membuang masa.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Ke Mana Menghilang ????

2 Jul

Rindu untuk ber’blogging’ lagi. Setelah sekian lama mendiam diri tanpa apa-apa update,Insya Allah, kini, ana kembali lagi di alam maya, menemui para pembaca www.ummatku.wordpress.com.

Bukan disengajakan untuk berdiam diri, tapi,Subhanallah, terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu ana laksanakan semenjak bergelar Ummu Adam.Perpisahan dengan anak sekecil Adam Harith  menyebabkan jiwa dan perasaan ana seolah-olah masih bersama-sama Adam di kampung. Perit dan sedih bila berjauhan sukar untuk digambarkan. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan atas pengorbanan itu dengan bayaran kini Ummu Adam sudah bergelar Dr Nurul Izza Mohd Zahidi.

Ana berdiam diri juga bukan sahaja atas kesedihan perpisahan dengan Adam Harith, tapi, ana agak sibuk doing the revision for the final professional exam. Ujian yang menentukan adakah ana layak memegang title as a safe practising doctor atau sebaliknya. Reference book, lecture notes and short notes menjadi santapan ana sehari-harian di samping attending study group intensively. Allah Akbar, kudrat ana amat-amat terbatas untuk  nak revise all the topics that I had learnt before, but, Allah itu bersifat Ar-Rahman Ar-Rahim, akhirnya, 31st May 2010, Auditorium IIUM Kuantan menjadi saksi atas pengorbanan selama 7 tahun bergelar medical student setelah ditabalkan dan bersumpah sebagai seorang muslim physician Dr Nurul Izza Mohd Zahidi. Sebuah tanggungjawab yang besar tertanggung di pundak ana kini. Hanya pada Allah ana serahkan segala-galanya. Moga Allah permudahkan. Tiada bahasa yang lebih indah dari butiran air mata pada saat-saat nama ana diumumkan lulus final pro exam oleh Dean of Academic, Assoc Prof Dr Azarisman Shah di Lecture Hall 3 JHC. Subhanallah! Jazakumullahu khairan kathira pada abah,abah mertua,ummi,mek,adik-adik ana-faris dan ahmad, che ngah dan ayah ngah serta family members yang lain, zaujiy habibi, si kecil Adam,ikhwah akhawat dan sahabat handai yang banyak berjasa dan tak putus-putus menitipkan doa atas kejayaan ana.

Saat-saat genting itu, satu lagi ujian dariNya, di atas kehilangan nenek yang tersayang. Subhanallah, semua ini menjadikan ana makin bersemangat dan belajar erti sebuah ketabahan. Sedih sebab nenek tak sempat melihat diri ana mengecapi kejayaan. Moga ruh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sehingga di sini dulu buat kali ini, hingga berjumpa untuk next entry…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.