Untuk Mujahidah Akhawat Fillah

Posted in Kembara Hidup on May 24 2009 by nuizzamz

495822cff24909a01f065ffb1b4be2bcYa Allah (SWT) sentuhlah hati sahabatku ini…

saat dia jauh dariMU,  peluklah hatinya…

saat dia mencintai sesiapa lebih dariMU, peliharalah imannya selalu…

jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan menangis dihadapanMU

agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang dariMU…

Ujian ini…

Posted in Kembara Hidup on May 24 2009 by nuizzamz

Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan. Pepatah Melayu ada menyebut ‘ berikan betis, nakkan pula paha’. Itulah yang berlaku pada ana dan zauj.

2 bulan tak balik kampung, Subhanallah, memang rindu sangat-sangat pada ummi, abah, adik-adik dan sepupu-sepupu ana yang kecil dan genius. Hari-hari call rumah.

Now, dah masuk minggu ke-3 berada di kampung, Subahanallah, rindu nak menjenguk akhawat dan kawan-kawan kat Kuantan. sebelum terlambat, ana rindu pada antunna semua. kini, ana mengerti, ukhuwwah fillah even berjauhan tapi masih di hati.

ilmu-itu-kunci-kejayaanTahniah untuk Ukht A, Ukht F dan akhawat second year medic yang berjaya melalui professional exam. Most welcome to clinical year. Insya Allah, medic is very interesting.

To Ukht A, takziah atas pemergian pak cik. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.Be a good counselor to your family. Moga berjaya.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Posted in Kembara Hidup, Tazkirah on April 25 2009 by nuizzamz

backdropkbaz-dengandetail1Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul: Apakah itu agenda zionis? Benarkah agenda zionis telah berakhir? Bagaimanakah ia berakhir? Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tema “Berakhirnya Agenda Zionis” sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri. Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati. Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya.

Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru. Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya. Benarkah zionis telah hampir berjaya? Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.


Mengembalikan Izzah Umat

Perbicaaran isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia. Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam. Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan. Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila “bercakapnya pokok-pokon dan batu-batu”. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini. Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan. Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas.

Mencabar Zionis di Medan Mereka

Mencanangkan “Berakhirnya Agenda Zionis” merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda. Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mereka mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel. Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi.

Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja diperbesar-besarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel. Agenda Zionis akan berakhir!


Cahaya di Hujung Terowong

Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula, Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita. Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.

Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ”Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab” menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman. Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya. Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.

Inilah Jihad Kita

Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam. Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka. Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.
Jihad kita baru sahaja bermula!
Ayuh bersama-sama dengan PEMBINA dalam jihad ini!
Oleh: Akh Zaizul Azizi Zaman

Perlu belajar juga ke !!!

Posted in Familiku Peradabanku, Kembara Hidup on April 12 2009 by nuizzamz

rumahAlhamdulillah, pencarian rumah bersama zauj akhirnya menjadi impian jua. Dapat rumah yang agak murah dan berpatutan sewanya. Syukur,inilah rumah untuk membina famili peradabanku ini.

Jeng…jeng..jeng… kini tengah develop hobi baru… memasak (‘,’)

Untuk kawan-kawan dan akhawat yang ana cintai… belajarla masak dari sekarang. Memang skill masak tu akan datang bila kita mencuba, tapi, at least kita kena tahu basic nak masak. Kesianla kat zauj kita nanti, makan nasi kat kedai je. Bila la nak merasai air tangan zaujah sendiri.

Jangan sia-siakan masa yang ada. Rajin-rajinla masuk dapur. Insya Allah, nanti rasailah kepuasan bila zauj cakap, ‘Alhamdulillah, kenyang hari ni. Sedap ….sedap…sedap’.

One more thing, jangan lupa masak yang berkhasiat ,bergizi serta halalan tayyiban. sayurgoreng

Doakan ana juga moga terus thabat untuk mempersiapkan zauj dengan hidangan-hidangan yang disukainya. Amin.

Kebahagiaan ???

Posted in Familiku Peradabanku, Kembara Hidup, Tazkirah on April 12 2009 by nuizzamz

th_thisheartofmineWallahualam, sama ada ana dan zauj masih bergelar pengantin baru atau tak? ana sendiri pun tak tahu bila duration  so called ‘pengantin baru’. Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Yang penting, iman kita tu dah diperhangatkan ke ? atau masih di takuk lama…Dakwah dan Tarbiyyah macamana? Makin laju atau dah semput?

Bila jumpa dengan sahabat-sahabat soalan yang sama dikemukan, ‘ Apa perasaan sekarang? Makin bahagia?’.

Alhamdulillah, of coursela,  kebahagiaan itu hadir. Sebenarnya, ana pun not sure apa jawapan yang tepat untuk persoalan tu. Ya, kebahgiaan itu hadir bersama tanggungjawab dan amanah yang harus ditunaikan untuk ummah dan dakwah.th_marriage

Menurut Ibnul Qayyim, sumber kebahagiaan hidup adalah ALLAH. Orang yang memiliki rahsia kebahagiaan itu akan menjadi raja di dunia dan akhirat.

Hatinya memandang, kefakiran adalah kekayaan saat dirinya bersama Allah. Memandang kekayaan itu kefakiran saat dirinya tidak bersama Allah. Kemuliaan itu hina tanpa Allah. Kehinaan itu mulia bersama Allah. Kenikmatan itu azab tanpa Allah. Azab itu nikmat bersama Allah. 

cinta-allah

Tanggungjawabku…kaupikul

Posted in Kembara Hidup on February 25 2009 by nuizzamz

header_left_bgSehari dua ni, Alhamdullillah Allah menguji ana untuk mensyukuri nikmat ‘kesihatan’. Ye, Allah yang bersifat ArRahman dan ArRahim mengujiku dengan memberikan ana low grade fever with joint pain and headache. Seingat ana, inilah kali pertama ana mengalami fever and joint pain. Masya Allah, sakitnya menyebabkan ana menjadi orang yang resah gelisah. Tak keruan dibuatnya.

Tapi, disebalik ujian yang hadir, ana mendapat satu kekuatan dan ana lebih mengenali zauj ana. Alhamdulillah, dalam ana demam dan joint pain, zauj ana setiap masa memberi kata-kata perangsang untuk menghadapi keadaan ini. Bukan setakat berkata-kata sahaja, tapi, pengorbanan zauj menyebabkan ana terharu.Jazakillah Abang…

Bila direnung kembali, kadang-kadang Allah menguji kita untuk mengetahui tahap keimanan dan kesabaran kita. Tapi, dalam ujian yang dihadapi, adakah kita mampu bersabar atau sebaliknya? Adakah dengan ujian itu, makin bertambah pahala kita atau makin berkurang? Tepuk dada tanyalah iman.

Ujian itu sebenarnya terpulang pada penafsiran individu itu sendiri. Bagi seorang daie, ketiadaan wang yang banyak bukanlah satu ujian tetapi sindrom kefuturan  menjadi satu agenda/ ujian yang boleh membolak balikkan hati-hati daie. Tetapi, bagi orang awam, ketiadaan wang atau sindrom kemiskinan merupakan agenda utama yang diperbincangankan dan diketengahkan, sehinggalah sang ayah sibuk mencari rezeki siang dan malam tanpa mempedulikan kasih sayang anak-anaknya. Itulah maksud ujian yang sebenarnya,mempunyai definisi yang berbeza terpulang pada penafsiran individu sendiri.

Alhamdulillah, dengan ujian ini ana lebih memahami erti pengorbanan dan tanggungjawab sebagai seorang zaujah yang diredhai Allah. Ana sematkan dalam diri even ana sakit/ kelesuan, keperluan dan keutamaan zauj perlu didahulukan. Tak boleh hanya berehat dan melihat apa yang zauj inginkan dari segi makan minum, pakaian dan sebagainya,tapi, cubalah kuatkan semangat dan jadilah seperti anak singa yang sentiasa berjiwa positive dan maju ke depan. Lemparkan jauh-jauh kelesuan dan rasa penatmu, nafsumu untuk bersenang-senang,tetapi,bangunlah, hulurkan tanganmu untuk mendapatkan redha zaujmu. Moga di situ adanya barakah. Insya Allah.

Masa yang lalu

Posted in Tazkirah on February 23 2009 by nuizzamz

handwithloveEntah kenapa, hari ini baru ana rasakan semangat untuk mencoretkan something dlm ummatku.wordpress kembali lagi. Setelah sekian lama ana tinggalkan tanpa update anything, Insya Allah, moga-moga masih diberi kekuatan untuk kembali ke alam blogger yang menuntut seribu satu istiqomah dan kesabaran.

Untuk zaujku, tahniah, kerana telah memiliki blog yang telah lama diimpikan. www.ayuhkitamaju.wordpress.com . moga title ‘ayuh kita maju’ menjadi doa untuk kita dan blogger yang lain untuk terus maju dan thabat dalam memacu misi perjuangan ummah mutakhir ini.

Lastly, just to share kata-kata hikmah untuk dihayati bersama

“Tak seorang pun melakukan amal yang baik kecuali ia mendapatkannya ganjarannya. Bila ia ikhlas, Allah berikan balasan itu di dunia dan akhirat. Dan bila ia ingkar maka ia hanya mendapatkan balasan duniawi”

Intelijen Militer Zionis: Pasukan Pejuang Gaza Sangat Terstruktur dan Profesional

Posted in Uncategorized on January 27 2009 by nuizzamz

Ronen Bergman seorang Intelijen militer Zionis mengakui bahwa pasukan pejuang dari Gaza memiliki kemampuan seperti yang dimiliki Hezbullah ketika berhasil menolak invasi Israel di sebelah selatan Lebanon pada tahun 2006, dan dia menyatakan bahwa mereka menerima pelatihan dan peralatan dari Iran.

Bergman, penulis “rahasia perang dengan Iran” menyebutkan bahwa pasukan pejuang di Jalur Gaza telah berubah dengan menjadi kekuatan yang terstruktur dan profesional, sehingga hal tersebut merupakan ancaman yang nyata bagi keberadaan Zionis di Palestina.

Dia menambahkan, “Jika Anda memutuskan Israel untuk mendorong prajuritnya ke daerah penduduk di Gaza, maka mereka akan menghadapi lawan berat.”

Sementara itu Ron Ben Yishai, wartawan perang dari koran Yediot Aharonot berbahasa Ibrani, yang mengiringi tentara Israel dalam satu pekan lalu menegaskan bahwa dirinya terkejut dengan persiapan yang dilakukan oleh pejuang perlawanan Palestina, memasang rumah -tidak hanya individu- penuh dengan ranjau, dia berkata, “Kami telah melihat hal serupa, namun tidak sebesar ini.”

Seperti halnya Ben Yishai –menurut koran The Times, Inggris hari ini– juga memberitakan bahwa tentara Israel menemukan boneka di depannya penuh dengan bahan peledak di pintu masuk di sebuah rumah di distrik Az-Zaitun di Kota Gaza.

Dia menyatakan bahwa boneka berpakaian hitam yang dikenakan oleh pasukan pejuang, jika tentara Zionis menembaknya maka akan terjadi ledakan yang besar dan akan membuat kehancuran seluruh bangunan termasuk mereka yang ada di dalamnya.

Dia menambahkan bahwa prajurit yang didampinginya menemukan di dekat pintu masuk rumah lainnya penuh dengan tangki berjumlah tiga puluh galon minyak diesel di antaranya ada kantong yang penuh dengan bahan peledak, dan untuk menghubungkan bom itu diletakkan kawat yang membentang sepanjang 200 meter menuju terowongan, dan sebagai alternatif untuk bisa memasuki rumah tersebut adalah dengan membuka celah pada salah satu tembok sehingga bisa memasukkan anjing polisi untuk dapat mencium dan menemukan bom yang tersembunyi, pointing out nya adalah bahwa para pejuang melakukan prioritas pertama yaitu menawan salah satu dari tentara Zionis.

Ben Yishai mengatakan bahwa salah satu dari taktik perlawanan adalah muncul tiba-tiba dari terowongan yang tersembunyi di bawah lantai rumah atau di balik lemari dapur rumah-rumah tempat berlindung tentara penjajah yang selalu dikejutkan dengan tembakan sniper atas mereka. Dan disebutkan juga bahwa keluar dari kemenangan bagi pasukan pejuang di Gaza lebih mudah dari apa yang diperkirakan oleh entitas Zionis; maka semua yang layak dilakukan oleh mereka adalah ketegaran, ditambah dengan meningkatnya tekanan internasional terhadap Zionis.

Di sisi lain, pasukan penjajah berkeinginan menarik pasukannya dari Jalur Gaza sebelum upacara serah terima jabatan dan pelantikan presiden baru AS Barrack Obama dan mulai memangku di Gedung Putih pada hari Selasa; dan pada kondisi tersebut, tidak ada perkembangan di medan perang yang mengharuskan Zionis untuk tetap tinggal di Jalur Gaza.

Menurut situs elektronik Yediot Aharonot, bahwa entitas Zionis berkeinginan membuat “sebuah sikap yang baik” terhadap presiden Amerika yang baru, sebagai balasan dari “sikap baik” Eropa pada entitas Zionis, tujuannya adalah untuk membuktikan adanya kerjasama antara Zionis dan masyarakat internasional untuk memerangi masuknya senjata ilegal ke Jalur Gaza melalui perbatasan Mesir.

sumber: http://cetusanminda.wordpress.com/2009/01/22/intelijen-militer-zionis-pasukan-pejuang-gaza-sangat-terstruktur-dan-profesional/

tribute to Palestine

Posted in Uncategorized on January 26 2009 by nuizzamz

syurga itu murah. ADAKAH?

Posted in Tazkirah on January 25 2009 by nuizzamz

 

assalamualaikum pembaca budiman.kepada saudara-saudara seangkatan.khusus untuk mu saudara muslim ku yang  turut sama berjuang menjadikan Islam ini sebagai ustaziyatul a`lam (tempat rujuk sekalian alam).

 

minggu ini kita tidak dilupakan dengan berlaku 2 sejarah besar dunia ya`ni perlantikan barack hussein obama sebagai presiden amerika dan terhentinya (mungkin buat sementara) perang di Gaza.

maka terlintas di fikiran saya,ketika melintasi restoran-restoran makanan segera asing yang anda sendiri maklum menyokong pendudukan dan penjajahan yahudi di Palestin.saya berasa amat pelik kerna setelah ada yang penat lelah turut sama mengikuti kempen mengutuk dan memijak serta barangkali membakar bendera Israel,tetap ada juga sahabat seagama kita yang terus sama menyokong dengan membeli barangan tersebut.

 

Logikal memboikot barangan yahudi

benar,saya mengakui yang jika pemboikotan besar-besaran berlaku terhadapa produk yahudi , maka ramai rakyat malaysia akan kehilangan peluang pekerjaan bahkan ada antara mereka yang sudah pun berjaya dan kaya raya dengan jawatan mereka.mereka bahkan telah mampu mengerjakan haji dan mungkin sekali beramal dengan wang tersebut.pemboikotan juga mungkin sekali barangkali akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang besar terhadap negara.

TETAPI!!

dari sudut yang berbeza,sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Mahathir ketika diwawancara dalam rancangan Blog@1 ,beliau menyatakan kita memerlukan pengorbanan untuk hal ini.bahkan kalau kita lihat dengan lebih cantik lagi,kalaulah setiap penduduk Muslim di Malaysia tak minum coca-cola ataupun tak makan kfc dan mc donald,bukankah ini merupakan peluang yang bagus untuk peluang perniagaan makanan segera tempatan yang baru dan setaraf dengan kfc.lagi cantik lagi kalau syarikat makanan tersebut merupakan milik orang Islam dan menjadi franchise yang memberi lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat tempatan.

kalaulah umat islam MELAYU di Malaysia ini pandang hal ini sejak dulu lagi….

ASPEK KESATUAN UMAT ISLAM.

ingin saya nyatakan juga,sebagai seorang Muslim,kita selalu dengan tentang persaudaraan umat Islam.rujuk al quran tentangnya :

 ”sesungguhnya orang beriman itu bersaudara ,maka damaikanlah antara keduanya”

 

bahkan dalam hadis rasulullah menyatakan :

“tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”

LIHAT!!betapa cantiknya Islam ini tentang persaudaraan.persaudaraan yang menjalinkan manusia bukan dari segi warna kulit,bangsa ataupun budaya tetapi berdasarkan iman kepada Allah sahaja!!

maka saudaraku!!!

adakah syurga itu murah??adakah syurga itu murah sehingga kita katakan tak logik untuk memboikot bahkan tak logik untuk membantu??!!!!

adakah syurga itu murah bila kelak Allah akan bertanyakan pertanggungjawaban kita kepada wang yang kita gunakan??

adakah syurga itu murah bilamana kelak saudara Palestina kita bertanyakan “saudaraku!!saudara se Islam ku!!KAU CUMA MENYATAKAN BENCI MU SAHAJA PADA YAHUDI!!TETAPI SEBENARNYA KAULAH YANG MEMBUNUH KAMI!!KAU BERIKAN MEREKA WANG RINGGIT MU UNTUK MEMBELI PELURU2 MEMBUNUH MENEMBUSI DADA DAN JANTUNG ANAK2 PALESTIN,MEMBUNUH SAUDARA SMEUSLIM MU SENDIRI!!!!”

 

Maka saudaraku,ketika waktu itu terjadi,dimanakah syurga yang kau idamkan?dimanakah mukamu yang bangga dan megah itu hendak diletakkan???

 

Benar,mungkin tak semua barangan tersebut dapat kita boikot.dan mungkin sekali bagi sebahagian kita yang mampu,semua barangan tersbut boleh kita nyahkan jauh dari hidup kita.tetapi,usaha itu perlu kita letakkan di tempat yang benar-benar betul.selagi mampu kita laksanakan,kita laksanakan.kalau memboikot adalah yang paling mampu kita lakukan,maka kenapa tidak kita lakukan????

mahukah nanti Allah bertanya padamu:

     “ADAKAH SYURGA ITU MURAH???!!!!”

source:  http://cetusanminda.wordpress.com/