Cinta…Walimah…Dakwah

27 Aug

Tersentak aku dari lamunan yang panjang tatkala lampu isyarat bertukar hijau mengisyaratkat agar segera meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah, aku rasa amat letih dan restlessness lantaran melayan kerenah sanak saudara di walimah sepupuku siang tadi. Sementelahan itu, entahlah, macam mana nasib aku hari ini, tiba-tiba sahaja diminta menjadi pengapit pengantin  dan yang paling melucukan first time dalam hidupku menjadi juru kipas pengantin. Malu, ahh.. memanglah memalukan. Dalam ketika itu, aku berteka teki di benak   cerebrumku, adakah walimah seperti itu yang aku idam-idamkan atau sebaliknya? Majlis yang simple tetapi meriah dan yang paling penting, diberkati Allah. Tetapi, jauh di sudut sanubariku, masih tertanya-tanya, adakah aku  sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri solehah? Layakkah aku untuk menjadi sayap kanan si suami dalam sama-sama menggerakkan dakwah nanti? Bersediakah aku untuk melahirkan mujahidin yang akan bekerja di jalan dakwah ini? Bila memikirkan persoalan sebegini, aku sering beristighfar padaNya moga-moga impian penulis  dipandu oleh syariatnya dan dijauhkan dari hasutan syaitan laknatullah.

 

      Seringkali aku termenung sendirian tentang kewajipan hidupku, iaitu memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah. Ya, aku sedar dua kewajipan tersebut harus disemat kukuh dalam setiap diri insan yang bergelar Muslim  apatah lagi mereka yang berjuang di jalan Allah. Tetapi, dalam mengejar kewajipan tersebut, aku juga tidak ketinggalan untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan satu lagi kewajipan yang tidak kurang pentingnya iaitu menegakkan rumahtangga dakwah. Erm, suatu ketika dulu, aku pernah bertanyakan ustazah  tentang apa bezanya rumahtangga dakwah berbanding rumahtangga bukan dakwah? Ustazah tersenyum sambil berkata rumahtangga dakwah dibina daripada penyatuan dua hati yang sama-sama diikat oleh tanggunggungjawab untuk menegakkan aqidah di bumi ini, suami isteri yang saling berkorban masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk diinfaqkan bagi menyemarakkan aktiviti dakwah dan pasangan yang mampu melahirkan individu-individu yang akan memastikan kelangsungan dakwah di bumi ini. Aku hanya menggangguk dan mengiyakan pendapat ustazah. Memang benar, rumahtanggalah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah saw bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan
ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian
ataupun menjadikannya Majusi”

 Ayuh, marilah sama-sama kita semarakkan konsep Di Jalan Dakwah Aku Menikah…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: