Aduhai Masa…

6 Sep

"Ketika kita hidup untuk kepentingan peribadi, hidup ini nampak sangat pendek dan kerdil. Ia bermula saat kita mulai mengerti dan akan berakhir bersama berakhirnya usia kita yang terbatas. Tapi, apabila kita hidup untuk orang lain, yakni hidup untuk memperjuangkan sebuah fikrah, maka kehidupan ini terasa panjang dan memiliki makna yang dalam. Ia bermula bersama mulainya kehidupan manusia dan membentang beberapa masa setelah kita berpisah dengan permukaan bumi ".

Penulis terpaku sejenak bila merenung dan menghayati bait-bait di atas yang mana merupakan wasiat Imam Hassan Al-Banna kepada generasi seterusnya.Penulis cuba mengoreksi diri yang masih dhaif dalam medan perjuangan menegakkan agama-Nya, walhal, dari sehari ke sehari, masa tetap bergerak meninggalkan kita.Dalam Islam,masa bukan emas tetapi nyawa kerana apabila masa terbuang atau hilang,seperti nyawa, ia tidak dapat digantikan. Justeru itu, penulis masih tertanya-tanya,adakah kehidupan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya sebagai khalifatul allahi fil ardh? Atau adakah kehidupan ini disia-siakan dengan hiburan dan arus dunia yang penuh dengan sekularisme dan tipu daya? Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, ‘Tidak ku ciptakan jin dan juga manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku’.Inilah sebenanrnya agenda utama kehidupan manusia di muka bumi ini iaitu untuk beribadah kepada Allah.Namun begitu,pengabdian kepada Allah Azzawajalla memerlukan komitmen yang teguh dan komitmen yang teguh memerlukan pengorbanan masa, dan selari dengan itu, masa merupakan subjek yang amat ditekankan dalam Islam.

            Orang Islam yang berjaya merupakan mereka yang beramanah pada masanya.Mereka merasa rugi apabila hidup ini tidak dipenuhi dengan program ibadah. Konsep ini selari dengan apa yang telah diperkatakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin,‘ Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan kamu lupakan Allah walaupun seketika kerana apabila itu berlaku,kamu sebenarnya berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Sesungguhnya semua manusia berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Orang-orang yang berilmu berada dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada dalam kebinasaan kecuali golongan yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi Allah..Semua ini akan membebankan kamu kecuali jika kamu mengambil daripada dunia sekadar keprluannya sahaja’

            Allah Maha Adil kerana memberikan kepada setiap manusia agihan masa yang sama iaitu 24 jam sehari.Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya mengisikan masa 24 jam itu dengan perkara bermanfaat. Justeru, salah satu sifat yang dimiliki oleh hamba-Nya yang najah adalah, ‘Mereka berpaling daripada melakukan perkara yang sia-sia…’(Al-Mukminun:3). Perkara yang sia-sia mengikut Tafsir Ibn Kathir adalah segala perkara yang batil merangkumi perbuatan syirik, maksiat serta perbuatan dan perkataan yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

            Bila berbicara tentang masa,penulis sering mengaitkannya dengan sikap suka menangguhkan kerja.Nostalgia ketika sekolah rendah dahulu, papan tanda ‘penangguh itu pencuri masa’, tersemat kukuh dalam sanubari penulis.Bagi penangguh masa, bagi mereka,  esok pasti dating. Justeru, tidak ada salahnya mereka menanti besok, Sebaliknya,golongan yang berjaya segera memanfaatkan waktu sekarang kerana ia berada dalam genggaman mereka.Dalam Bahasa Inggeris, waktu sekarang adalah present dan present juga bermaksud hadiah.Hadiah ghalibnya untuk dihargai.

            Mengikut Imam Bukhari, sahabat Abdullah bin Omar pernah berkata, ‘Apabila kamu berpetang, janganlah kamu menanti pagi,dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang’. Khalifah Abu Bakar pernah berpesan kepada sahabat Umar Al-Khattab, ‘Wahai Umar, tanggungjawab yang Allah serahkan pada malam hari janganlah ditangguhkan ke siang hari dan yang diserahkan pada pagi hari janganlah ditangguhkan ke malam hari’.

            Hari ini, kita berada dalam era sains dan teknologi. Justeru, ia perlu dimanfaatkan dalam konteks pengurusan masa. B.Eugene Griessman, pengarang buku Time Tactics of Very Successful People mencadangkan beberapa tektik penting bagi mengurus masa. Antaranya:1)tentukan keutamaan saudara 2)rancanglah masa hadapan 3)     Kuasai jalan pintas,seperti membaca dengan laju 4)Berikan tumpuan 5)Belajar berkata ‘maaf tidak boleh’ kepada perkerjaan yang tidak penting 6)Delegasikan kerja yang dapat dilakukan oleh orang lain 7)Melaburlah untuk kursus dan seminar yang menajamkan kemahiran diri 8)Manfaatkan teknologi 9)Jangan menangguhkan kerja 10)Seimbangkan hidup untuk kerjaya, keluarga dan masyarakat.

            Oleh itu,untuk menggapai kejayan hidup di dunia apatah lagi di akhirat, rancanglah dengan sebaik-baik perancangan demi memanfaatkan amanah masa yang dianugerakan kepada kita.Penulis tertarik dengan kata-kata Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya ‘Formula Individu Cemerlang’,katanya ‘Sambil menyelam minum air dan tangkap ikan’. Ini bermaksud kepentingan kita merancang supaya tindakan yang dilakukan mampu menghasilkan beberapa kebaikan serentak.

            Akhir kata, rancanglah kehidupan kebersamaan Allah dalam menegakkan Ad-Din-Nya.Sesungguhnya, orang yang tidak menghargai masa adalah orang yang tidak menghargai nyawa serta kehidupan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: