Sebuah Pemergian

7 Sep

‘Al Fatihah, Ust Yeh dah meninggal pagi tadi’ 

Ringkas dan padat message yang saya terima pagi tadi dari seorang sahabat. Masih segar dalam ingatan saya selama 5 tahun menumpang kereta ustaz Yeh atau nama sebenarnya, Ustaz Idris Mahmood. Setiap hari  menjadi passenger tetap beliau. Banyak pengalaman suka duka bersama arwah Ust Yeh.

Saya dapat rasakan betapa Allah sebaik2 Aturan,pertemukan saya dengan arwah ustaz dan byk pengalaman hidup yg saya timba dari arwah ustaz. since, arwah seorang kaunselor sekolah, Subhanallah, kata2 arwah Ustaz menjadi semangat dan dorongan utk saya lebih maju dlm segenap lapangan.

Teringat hari2 terakhir saya menumpang kereta arwah.

‘ Ni minggu terakhirla Izza tumpang ustaz. Minggu depan dah start SPM. Sekejap je rasanya 5 tahun berlalu. Minta maaf byk2 la, sebab masih sudi tumpang kete buruk ustaz ni. Tak de duit nak beli kereta baru.’

‘Tak pe, Ustaz. Saya xkisah buruk ke baru. Asalkan selamat sampai ke sekolah, dah kira cukup dah’. Balas saya.

‘Macam tu lah hidup kita juga. Apa pun yang kita ada, mesti jadi yang terbaik utk agama dan ummat.Kena berbakti pada family, agama dan bangsa. Nanti bila Izza dah berjaya, jangan lupa ustaz pulak ye. Kalu ustaz xsempat tumpang kete Izza pun, minta2 agar ustaz sempat tumpang kejayaan Izza. Ustaz nak tengok Izza capai cita2, nak jadi doktor kan?’

Besar sangat harapan arwah untuk ‘menumpang’ kejayaan saya. Alhmdulillah, di hari keputusan SPM keluar, arwah orang yang gembira melihat keputusan SPM saya.

‘Tak sia2 Izza tumpang kereta buruk Ustaz’

Tapi, hari ni, 7 Ramadhan 1429, arwah pergi buat selama2nya. Tapi, saya masih lagi bergelumang dengan buku, nota dan pesakit2 untuk mencapai cita2. Kini, saya berada di perjalanan untuk ke destinasi kejayaan. Insya Allah.

Pemergian arwah meninggalkan seribu satu kenangan, pengalaman, harapan dan semangat utk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Moga ruh arwah di tempatkan di kalangan org2 tabiin dan soleh

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

2 Responses to “Sebuah Pemergian”

  1. Maryam Musa September 8 2008 at 5:38 pm #

    Hargailah mereka yang ada di sekeliling kita sebelum terlambat..sungguh, setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya.

  2. maut_itu_pasti_tp_bila_tak_pasti September 9 2008 at 11:54 am #

    saya takut. saya nak hubungi setiap manusia yg pernah saya muamalah. saya nak minta maaf. kerana saya takut saya mati tapi manusia tidak ampuni saya. lalu bagaimana saya nak dapat redha Allah? redha manusia pun belum terdapati. Ya Allah, berilah aku masa. Ya aku, potogilah masa! atau masa akan memancungmu. kau tidak tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: