Biar Merdeka Di Sisi Allah…

4 Oct

‘Entahlah, tak tahu bila kita nak merdeka dari kerajaan Thai. Sejak dulu lagi dah dijajah. Tapi, tak apelah, kita tak kisah dah, asalkan merdeka di sisi Allah.’ Luah seorang tetamu yang mengunjungi rumah saya ketika hari raya yang kedua. Tetamu ni merupakan saudara kepada saya yang kini merupakan penduduk tetap di selatan Thai.

Saya tertarik dengan luahannya, dan cuba memancingnya untuk bercerita dengan lebih lanjut lagi perkembangan di Selatan Thai.

‘Kenapa pak cik cakap macam tu?Apa cite terbaru kat Selatan Thai sekarang?.’Saya menyampuk sekaligus menunjukkan minat untuk mengetahui perkembangan terbaru di Selatan Thai.

‘Tak ada yang berita baru nye.Sama seperti tahun-tahun sudah. Bom, letupan, bunuh membunuh dah menjadi halwa telinga. Boleh dikatakan 2-3 hari sekali mesti ada berita pengeboman dan pembunuhan.’ Sambung tetamu saya tersebut.

‘Kenapa terjadi macam tu, Pak Cik?’ Sampuk saya untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan di Selatan Thai.

‘Kau Tanya aku pula. Aku tak pandai cerita. Kau bacalah buku-buku atau berita-berita. Baru dapat ilmu lebih sikit. Kalu aku cerita pun, aku ikut pengalaman dan apa yang aku lihat je. Kau bacalah buku, baru dapat ilmu yang sahih, nanti boleh cite kat orang lain pulak.’Malu saya dibuatnya. Nampak sangat saya ni jahil tentang peristiwa semasa.

Alhamdulillah, kata-kata pak cik tersebut menyedarkan aku untuk mencari bahan-bahan ilmiah tentang selatan Thai untuk rujukan dan juga memperkayakan ilmu politik dunia.

Prihatin dengan isu tersebut saya membelek buku dalam simpanan Abah yang bertajuk  “ Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 Oleh Dr Nik Anuar Nik Mahmud Pensyarah Di Jabatan Sejarah UKM.

Lalu dikesempatan ini aku ingin berkongsi sinopsis buku tersebut untuk dikongsi bersama iaitu seperti berikut

Patani yang damai dan indah memendam banyak sejarah perjuangan rakyatnya. Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj Sulong. Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phya Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir. 

Dasar penjajahan Siam ke atas Patani disokong pakatan jahat kuasa besar terutama British dan Peranchis. Orang Melayu Patani yang berjuang mengusir Jepun berharap British dapat pula membantu mereka menghalau Siam dari bumi Patani kerana Siam sebelum itu memberi ruang kepada Jepun menyusup ke Tanah Melayu untuk mengusir British.

Sebaliknya British bersekongkol dengan Siam menghancurkan perjuangan rakyat Patani dalam GEMPAR, Forces 136 dan PULO setelah Siam membantu British membendung gerakan Komunis.

Pembunuhan kejam Hj Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen yang mencurigakan pada tahun yang sama, 1954 memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas. 

Dari pembacaan tersebut,  dapat saya simpulkan bahawa :

1. Umat Islam tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kuasa besar bukan Islam dalam perjuangan mereka. Ini dapat dilihat begitun jelas dalam isu Palestin dan lain-lain

2. Selatan Thai perlu diberi kuasa autonomi seperti Acheh

3. Sebagai Jiran seagama yang terdekat Malaysia harus memainkan peranan utama dan aktif kearah usaha keamanan melalui autonomi tersebut.

Akhirnya saya berdoa moga suatu hari nanti Patani akan kembali damai dan permai dan bakal menjadi antara pusat perkembangan Islam di Nusantara

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: