Anakku oh anakku

19 Oct

Sekadar perkongsian setelah mengikuti seminar keibubapaan gemilang by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

The whole day, apa yang dapat ana rumuskan adalah, input pd program tersebut adalah pemahaman ttg BM dan islam, the process is dalam slot yg kedua iaitu agenda pelamin ke lampin dan the output is membentuk Baitul Muslim(BM) yang tenang dan senang.

Slot 1 : Mengertikan Rumah tangga Muslim Dengan Islam

Bila memperkatakan tentang perkahwinan, mesti akan terfikir adakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan atau sebaliknya. Bersedia dari sudut apa? Physical, emotional, harta????  By right, fikirlah adakah kita sudah matang untuk memikul  tanggungjawab seorang suami atau seorang isteri atau ibubapa? Dalam AlQuran ALLAH berfirman- ‘ …‘alimun hakiim’. ‘alim-bermaksud berilmu pengetahuan dan hakim bermaksud kebijaksanaan. Ramai org yg berilmu tapi belum tentu bijaksana atau dengan kata lain belum tentu matang. Tetapi, semestinya orang yang bijaksana adalah orang yang ‘alim. Jadi, dalam BM, kena mencakupi aspek ‘alim dan hakim. Aspek ‘alim boleh belajar dari buku-buku aatau pengalaman orang  lain, tetapi, aspek hakim ditimba melalui pengalaman dan masa. Kan masa tu merupakan rawatan.

                Refer to surah AtTahrim-66:6- yang mana ALLAH menyuruh kita memelihara DIRI dan kemudian KELUARGA dari api neraka. Tetapi, fenomena sekarang ni, berapa ramai ibubapa yang menyediakan anak2nya utk masuk neraka. Kenapa ini terjadi? Sebab tak ada penghayatan dlm memahami ayat tersebut. Yang mana, sebelum nak mendidik anak2 atau keluarga, didiklah diri sendiri dulu. Kalau dalam marhalah dakwah-islah nafsak. Then, baru baitul muslim.

Seringkali kita terfikir adakah kita betul2 seorang muslim? Petikan dari Abu Hassan AsSyari ‘…kamu belum benar2 beriman sehinggalah kamu persoalankan iman yang ada pada diri kamu itu’. Jadinya, kita kena bezakan adakah kita menganut islam ni sebagai warisan turun temurun atau muslimnya kita kerana kita faham dan kita pilih utk menjadi muslim?

Bila bercakap ttg ISLAM, betul2 ke kita faham apakah yng terkandung dalam definisi ISLAM tu?

 

 

 Islam maksudnya penyerahan, ketundukan dan kepatuhan untuk mncapai keselamatan, keamanan dan kesejahteraan. Islam merupakan satu process. So, apakah modul yang sesuai utk mencapai target tersebut? Kalau dlm definisi islam, utk mencapai tujuan tersebut, mesti dilandasan oleh peraturan2/ dlm kata lain adanya syariat. Syariat boleh dibahagikan kepada dua 1) syariatullah iaitu merangkumi hukum2 wajib, harus, haram dll dan 2) sunnatullah yang merangkumi sains aplikasi dan sains social. Antara contoh yang ustaz kasi adalah cerita Pak Haji dan Ah Chong yang masing2 memiliki kebun jagung.  Pak Haji merupakan seorang yang cukup taat kepada Allah, melaksanakan ibadah2 wajib serta sunat dan byk bersedekah. Selalunya, Pak Haji turun ke kebun selepas solat sunat Dhuha around 10 am.  Sampai di kebun, pilih benih yang terbaik, gemburkan tanah, tanamkan biji benih, siram  then, dah  masuk waktu zuhur. So, Pak Haji baliklah ke rumah. Ptg lepas asar, pergi ke kebun, siram n balik rumah utk solat maghrib. Ah Chong pulak, mmg dah kafir, so xdela nak berdoa atau nak bergantung harap pada Allah. So, pagi2 lagi around 7am, Ah Chong akan ke kebun, pilih benih yg terbaik, gemburkan tanah, tanam, siram, buatkan batas supaya air mudah mengalir, letakkan baja, dan tutup biji benih tadi dr terkena pancaran matahari yang too extreme. Pastu, dia tgk2 pula kot2 ada binatang perosak dan racunkan pokok2 tu. Ptgla baru Ah Chong balik ke rumah. So, guess, jagung sape yang berkualiti? Of coursela, jagung Ah Chong. Tu dah menjadi sunnatullah, sape yang berusaha, dia akan dapt lebih. Ttp, Pak Haji kan berusaha juga, kenapa jagung Pak  Haji  tak berkualiti? Sbb Pak Haji mengetepikan aspek sunnatullah. Pak Haji hanya focus pd aspek syariatullah. Hanya berdoa tanpa berusaha. Tetapi sebaliknya, jika Pak Haji menjaga kedua2 aspek syariatullah dan sunnatullah, sudah tentulah Pak Haji dan jagungnya lebih berkualiti.

Jadinya, dalam BM, kena mencakupi syariatullah dan sunnatullah. Dari aspek syariatullah ialah memelihara soal halal dan haram di dlm ibadah, muamalat, munakahat dan seluruh aspek kehidupan berpasangan dan rumahtangga. Kerana, kecuaian terhadap syariatullah akan menyebabkan dosa. Dosa merupakan jarum2 kemaksiatan. Dari segi sunnatullah pula, memelihara peraturan Allah di dalam perubatan keluarga, kesihatan dan komunikasi.  Ustaz banyak menghuraikan ttg kepentingan perubatan dan kesihatn keluarga dan juga komunikasi yang berkesan.

Antara pesanan ustaz semasa slot 1 berlangsung adalah jadikan anak2 kita sebagai human, not half human or what so ever. Penuhi fitrah anak2 dan kita pandu anak2 menuju kematangan.  Dan salah satu kebimbingan ustaz adalah meningkatnya bilangan so called aktivis dakwah yang mengalami keretakkan rumahtangga. Antara sebabnya, kerana isteri tidak mencintai suaminya. Kerana, BM mereka dimulakan dengan syariat allah, tak ada komunikasi dan berpacaran, berkahwin dan mula memegang tanggungjawab masing2 sehingga lupakan aspek sunnatullah yaitu mencinta dan dicintai oleh pasangan masing2.

Slot 2 : Dari Pelamin ke Lampin

Dalam slot ni, ustaz banyak menyentuh ttg kasih sayang ibubapa kepada anak2. Sbb, tanpa kasih sayang, peraturan/syariat menjadi beban. Ibu bapa merupakan guru pertama untuk anak2. Ibu bapa mempunyai kuasa cinta kepada anak2. Dan pepatah ada mengatakan sesuatu yang tidak mampu dilakukan dalam keadaan biasa, mampu dilakukan dengan kuasa cinta. Dan kesungguhan datang dalam sesuatu perbuatan apabila ada dorongan kuasa cinta. So, pengajarannya, berhati2lah memberi dan menerima cinta. Antara sifat2 ibubapa yang gemilang adalah memenuhi semua tuntutan fizikal (makan minum), akal (pelajaran), emosi ( kasih sayang dan perhatian), hati ( iman dan tujuan hidup) kepada anak2. Most of the time, ustaz banyak memperkatakan ttg kasih sayang dan perhatian. Pentingkan quality bersama anak2 berbanding mengejar quantity masa bersama anak2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: