Kerana ukhuwwah ini…

5 Nov

Ari ni agak hectic sikit, since kul 10 pagi dah keluar rumah. Destinasi yang pertama-SMKAM. Erm, rindunya kat sekolah lama. Masuk je pintu pagar sekolah, kenangan lama terbayang di benak ana. Kenangan bersama kawan2 lama yang sama2 mengejar cita2, terkenangkan jasa cikgu2 yang banyak berkorban utk diri ni. Masakan tidak, selama lima tahun di sinilah ana mengukir cita2 dan mengaut ilmu duniawi dan ukhrawi. Di sinilah juga ana mempelajari erti kehidupan walaupun masih samar2 ttg erti hidup ini. Untuk apa, kenapa dan byk lagi persoalan bermain di benak ana semasa zaman persekolahan dulu. Yang paling menggamit rasa rindu ana bila terpandang bilik kaunseling dan bilik bahasa, Di sinilah, ukhuwwah bermula dan yang paling ana hargai, di sinilah titik mula ana mengenali tarbiyyah. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, kini ana masih berada di jalan dakwah ini dan harapannya moga jalan inilah akan menjiwai kehidupan ana hingga akhirnya. Salam ukhuwwah dan salam kerinduan untuk kawan2 yang sama2 dahagakan tarbiyyah suatu masa dulu- Anis, Shahizatul, Molly dan Rufaidah. Moga ukhuwwah yang terbina kita bajai dengan nur kasihNya. Insya Allah. 

Destinasi yang kedua-Kuala Besut, menziarahi ukhti yang baru kematian neneknya. Kerana ukhuwwah,ana sanggup pergi merentas sempadan Kelantan dan Terengganu, untuk menziarahi ukhti Aisyatul. Bersendirian pulak tu. Inilah hebatnya sebuah ukhuwwah, yang tak mengenal umur, tempat tinggal dan tak de pun tautan kekeluargaan. Tapi, tarbiyyah telah mengajar kita untuk berukhuwwah, saling berkasih sayang di jalan ini. Masakan tidak, betapa pentingnya nilai sebuah ukhuwwah ni, Imam AsSyahid Hassan AlBanna meletakkan ukhuwwah sebagai salah satu rukun2 tarbiyyah. Takziah utk Ukhti Aisyatul dan keluarga.

Dari Kuala Besut, ana drive pula ke Pasir Puteh, menziarahi akhawat sambil2 mendistributekan kad walimah ana. Subhanallah, hebatnya kuasa ukhuwwah fillah. Walaupun jarang2 berjumpa dengan akhawat di Kelantan, tapi, kerana sebuah ukhuwwah dan sama2 berkongsi misi dan visi, kami masih tetap mesra dan perasaan rindu pada akhawat ni terurai sudah. Satu kepuasan bila berjumpa akhawat. Terasa diri ini kembali terpandu dalam tarbiyyah imaniyyah. Mungkin inilah yang dinamakan aura sebuah ukhuwwah fillah. Bertemu saling bertanya khabar iman, sudah memadai untuk melepaskan rasa rindu pada akhawat. Tapi, sayangnya, tak boleh berlama2 bersama akhawat, kerana mengingatkan diri ni masih di bawah tanggungjawab dan perhatian syuyukh(orang tua), terpaksa balik ke rumah bilamana matahari mula melabuhkan tirai sirnanya. Lagipun, Ummi dah beberapa kali call remindkan diri ini supaya balik awal, tak elok anak dara berjalan sorang dalam waktu Maghrib ni.

One Response to “Kerana ukhuwwah ini…”

  1. umaisha November 5 2008 at 12:02 pm #

    salam izza..barakallahu la kuma..ana br jejak blog enti smlm..
    mg baitul dakwah yg bakal dibina dpt mnjd asbab kita ke jalan syurga……………..

    uhibbukifillah…
    smpaikan salam ana buat akhwt uia kuantan…rindu antunna..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: