Archive | February, 2009

Tanggungjawabku…kaupikul

25 Feb

header_left_bgSehari dua ni, Alhamdullillah Allah menguji ana untuk mensyukuri nikmat ‘kesihatan’. Ye, Allah yang bersifat ArRahman dan ArRahim mengujiku dengan memberikan ana low grade fever with joint pain and headache. Seingat ana, inilah kali pertama ana mengalami fever and joint pain. Masya Allah, sakitnya menyebabkan ana menjadi orang yang resah gelisah. Tak keruan dibuatnya.

Tapi, disebalik ujian yang hadir, ana mendapat satu kekuatan dan ana lebih mengenali zauj ana. Alhamdulillah, dalam ana demam dan joint pain, zauj ana setiap masa memberi kata-kata perangsang untuk menghadapi keadaan ini. Bukan setakat berkata-kata sahaja, tapi,¬†pengorbanan zauj menyebabkan ana terharu.Jazakillah Abang…

Bila direnung kembali, kadang-kadang Allah menguji kita untuk mengetahui tahap keimanan dan kesabaran kita. Tapi, dalam ujian yang dihadapi, adakah kita mampu bersabar atau sebaliknya? Adakah dengan ujian itu, makin bertambah pahala kita atau makin berkurang? Tepuk dada tanyalah iman.

Ujian itu sebenarnya terpulang pada penafsiran individu itu sendiri. Bagi seorang daie, ketiadaan wang yang banyak bukanlah satu ujian tetapi sindrom kefuturan  menjadi satu agenda/ ujian yang boleh membolak balikkan hati-hati daie. Tetapi, bagi orang awam, ketiadaan wang atau sindrom kemiskinan merupakan agenda utama yang diperbincangankan dan diketengahkan, sehinggalah sang ayah sibuk mencari rezeki siang dan malam tanpa mempedulikan kasih sayang anak-anaknya. Itulah maksud ujian yang sebenarnya,mempunyai definisi yang berbeza terpulang pada penafsiran individu sendiri.

Alhamdulillah, dengan ujian ini ana lebih memahami erti pengorbanan dan tanggungjawab sebagai seorang zaujah yang diredhai Allah. Ana sematkan dalam diri even ana sakit/ kelesuan, keperluan dan keutamaan zauj perlu didahulukan. Tak boleh hanya berehat dan melihat apa yang zauj inginkan dari segi makan minum, pakaian dan sebagainya,tapi, cubalah kuatkan semangat dan jadilah seperti anak singa yang sentiasa berjiwa positive dan maju ke depan. Lemparkan jauh-jauh kelesuan dan rasa penatmu, nafsumu untuk bersenang-senang,tetapi,bangunlah, hulurkan tanganmu untuk mendapatkan redha zaujmu. Moga di situ adanya barakah. Insya Allah.

Advertisements

Masa yang lalu

23 Feb

handwithloveEntah kenapa, hari ini baru ana rasakan semangat untuk mencoretkan something dlm ummatku.wordpress kembali lagi. Setelah sekian lama ana tinggalkan tanpa update anything, Insya Allah, moga-moga masih diberi kekuatan untuk kembali ke alam blogger yang menuntut seribu satu istiqomah dan kesabaran.

Untuk zaujku, tahniah, kerana telah memiliki blog yang telah lama diimpikan. www.ayuhkitamaju.wordpress.com . moga title ‘ayuh kita maju’ menjadi doa untuk kita dan blogger yang lain untuk terus maju dan thabat dalam memacu misi perjuangan ummah mutakhir ini.

Lastly, just to share kata-kata hikmah untuk dihayati bersama

“Tak seorang pun melakukan amal yang baik kecuali ia mendapatkannya ganjarannya. Bila ia ikhlas, Allah berikan balasan itu di dunia dan akhirat. Dan bila ia ingkar maka ia hanya mendapatkan balasan duniawi”