Tanggungjawabku…kaupikul

25 Feb

header_left_bgSehari dua ni, Alhamdullillah Allah menguji ana untuk mensyukuri nikmat ‘kesihatan’. Ye, Allah yang bersifat ArRahman dan ArRahim mengujiku dengan memberikan ana low grade fever with joint pain and headache. Seingat ana, inilah kali pertama ana mengalami fever and joint pain. Masya Allah, sakitnya menyebabkan ana menjadi orang yang resah gelisah. Tak keruan dibuatnya.

Tapi, disebalik ujian yang hadir, ana mendapat satu kekuatan dan ana lebih mengenali zauj ana. Alhamdulillah, dalam ana demam dan joint pain, zauj ana setiap masa memberi kata-kata perangsang untuk menghadapi keadaan ini. Bukan setakat berkata-kata sahaja, tapi, pengorbanan zauj menyebabkan ana terharu.Jazakillah Abang…

Bila direnung kembali, kadang-kadang Allah menguji kita untuk mengetahui tahap keimanan dan kesabaran kita. Tapi, dalam ujian yang dihadapi, adakah kita mampu bersabar atau sebaliknya? Adakah dengan ujian itu, makin bertambah pahala kita atau makin berkurang? Tepuk dada tanyalah iman.

Ujian itu sebenarnya terpulang pada penafsiran individu itu sendiri. Bagi seorang daie, ketiadaan wang yang banyak bukanlah satu ujian tetapi sindrom kefuturan  menjadi satu agenda/ ujian yang boleh membolak balikkan hati-hati daie. Tetapi, bagi orang awam, ketiadaan wang atau sindrom kemiskinan merupakan agenda utama yang diperbincangankan dan diketengahkan, sehinggalah sang ayah sibuk mencari rezeki siang dan malam tanpa mempedulikan kasih sayang anak-anaknya. Itulah maksud ujian yang sebenarnya,mempunyai definisi yang berbeza terpulang pada penafsiran individu sendiri.

Alhamdulillah, dengan ujian ini ana lebih memahami erti pengorbanan dan tanggungjawab sebagai seorang zaujah yang diredhai Allah. Ana sematkan dalam diri even ana sakit/ kelesuan, keperluan dan keutamaan zauj perlu didahulukan. Tak boleh hanya berehat dan melihat apa yang zauj inginkan dari segi makan minum, pakaian dan sebagainya,tapi, cubalah kuatkan semangat dan jadilah seperti anak singa yang sentiasa berjiwa positive dan maju ke depan. Lemparkan jauh-jauh kelesuan dan rasa penatmu, nafsumu untuk bersenang-senang,tetapi,bangunlah, hulurkan tanganmu untuk mendapatkan redha zaujmu. Moga di situ adanya barakah. Insya Allah.

One Response to “Tanggungjawabku…kaupikul”

  1. husna February 25 2009 at 1:44 pm #

    Izza, jadi isteri ni hebat sebenarnya..
    Sebab..
    Once zauj kita dah redha dengan kita..
    Kita boleh masuk syurga ikut pintu mana yang kita suka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: