Archive | July, 2009

Jalan Dakwah…

30 Jul
Buat adik-adikku yang disayangi-
Ukht MA, Ukht SWH, Ukht S,Ukht J,Ukht Su,Ukht M dan Ukht H…
 
Salam ukhuwah dan salam taaruf  dari kakak yang serba kekurangan ini.
 
jalan-dakwahDik, jalan dakwah kita masih panjang….kini, kita bagaikan berada di garisan permulaan untuk memulakan perjuangan ini. Tapi, di kala jiwa dan diri kita dah bersedia, ayuh…jangan biarkan kita terlalai walau sedetik cuma…Jangan pula dilalaikan dengan perkara2 mungkar dan alpa di sekeliling kita… Pasangkan azam dan betulkan niat… Ya, jiwa dan diri ini ku infakkan pada perjuangan Islam… untuk mendaulatkan Islam di bumi ini…
 
Bilamana wisel dibunyikan…jom lekas… jangan lagi kita terkial2 untuk memulakan langkah yang pertama…teruskan berusaha…tandingi sahabat2 mu untuk memenangi perjuangan ini. Tapi, jangan mudah gusar, adikku… bilamana kau melihat sahabat2 mu terkehadapan dari mu… biarkan dengan mereka… adikku perlu sedar setakat mana kemampuan kita..kekuatan yang kita ada…jangan mudah mengalah…teruskan langkah-langkah mu itu, adikku…
 
Tatkala kau dibayangi rasa keseorangan ditinggalkan sahabatmu… cepatkan lagi langkahmu…pastikan track yang kau ikuti adalah yang benar… jangan terpesong untuk memenangi perjuangan ini…cuba ambil ibrah dari kisah rasulullah…13 tahun berdakwah di Mekah.. hanya berapa orang yang menganuti Islam?…
 
RambuIslamTapi adikku, jangan kau terleka dengan kenikmatan dan semangat yang Allah anugerahkan untuk mu agar maju ke hadapan… mungkin… dan semestinya… ada di hadapan mu..musuh-musuh yang senantiasa bergembira melihat engkau terlalai dari jalan kebenaran…tapi, jangan khuatir… di sepanjang perjalanan itu juga… ada sahabat-sahabat yang sudi mendokong dan menyokongmu, adikku…yang penting…jaga dan bajai imanmu…teruskan bermuraqabah pada Ya Rabbi…
 
Adikku, bilamana lactic acid berkumpul dalam otot2 mu, sudah tentu kepenatan akan menjelma.. sudah lumrah alam..sunnatullah…pesanku..jangan mudah mengalah…rehatlah seketika untuk mencari kekuatan …agar kebangkitan membuahkan hasil yang positive…PERJUANGAN : SYAHID ATAU SYURGA…
 
 
Jalan Dakwah
Album :
Munsyid : AlarmMe
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Advertisements

Satu ujian…menuntut sejuta ketabahan

13 Jul

Oase_Pelepas_Rindu‘Sayang nak tinggal dengan abang. Sayang tak nak berpisah dengan abang. Nanti sayang rindu abang’, kata-kata ana tenggelam timbul dek air mata yang mudah benar mengalir ini.

Dua hari sebelum zauj melapor diri di PERMATA, Bangi, hati ana mula tak keruan. Tak sanggup  rasanya melalui saat-saat perpisahan ini. Selama 6 bulan semenjak diijab qabulkan, kami hidup bagaikan belangkas, tapi kini, kami dipisahkan. Dipisahkan lantaran tanggungjawab dan perjuangan yang memang menuntut seribu satu pengorbanan dan kesabaran.Sabarlah hati ini…

Waktu awal-awal mengemudi bahtera baitul muslim bersama zauj, kami memang saling berjanji yang hidup ini adalah untuk ummah bukan kepentingan diri semata-mata. Dan, hari ini, kami diuji dengan kata-kata yang pernah kami lafazkan suatu masa dulu. Tapi, kenapa hari ini, ana sendiri kurang menyakini dan mengimani kata-kata yang pernah kami lafazkan suatu masa dulu.

Sahabat yang dikasihi…kini ana sedar.Melontarkan kata-kata adalah senang dan mudah.Tapi, untuk mengotakan kata-kata itu memerlukan keimanan yang jitu pada RabbNya, menuntut seribu ketabahan.Tarbiyyah bukan suatu pertikaian lagi, sama ada mahu atau tidak. Tapi, tarbiyyah mendidik jiwa untuk sabar dan tabah. Cumanya, terpulang pada diri sendiri untuk melaksanakan atau tidak.Kegagalan hati ini untuk menerima hakikat perpisahan dengan zauj tak perlu menuding jari pada tarbiyyah yang dilalui. Tapi, persoalannya terletak pada hati dan iman pada Allah.Even Saidatina Aisyah bila diuji dengan fitnah seperti mana dalam Hadith Al-Ifk, ada juga rajuknya, tak lari dari kesedihan. Itulah hati dan jiwa seorang wanita, dalam kelembutan ada ketabahannya.

Untuk zauj yang disayangi, usah getar melalui saat-saat ini bila berjauhan. Majukan langkah abang untuk ke hadapan. Jangan mudah kalah dengan airmata Sayang. Dunia ini adalah fatarmogana. Untuk mendapatkan kemanisan, perlukan pahitnya perngorbanan. Moga cinta dan rindu ini adalah yang berpahala.Puisi_Untukmu_Kekasih_Hati

Mabruk…kun ab

11 Jul

10-weeks‘Tahniah, abang akan jadi abi…’

‘Ye ke…sayang pregnant?’ Macam tak percaya je zauj ana ni.

Sebulan sudah berlalu dengan perkhabaran berita yang amat kami tunggu-tunggu. Ummi dan abi !!! Adakah satu impian atau angan-angan?

Alhamdulillah, tak lama lagi ana will move to the next steps of life-dai’e,pelajar, zaujah dan UMMI. Subhanallah, betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Baru semalam rasanya ana mengenali zauj, tapi kini, bakal menimbang zuriat kami.

Muhasabah pada diri sendiri, apa yang ana dah lakukan sepanjang hidup ni? 24 thn? Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami yang berlalu dengan sia-sia. Dan jangan dibiarkan hidup yang dilalui ini di bawah pengarauh kami walaupun sesaat.