Ana dan Dia…

1 Oct

ayat112on2Dalam menelusuri hidup ini, pelbagai suka duka dan rintangan yang dihadapi.  Ada ujian yang ringan yang mampu kita hadapi, namun, ada juga rintangan yang berat yang  seakan-akan tak mampu kita hadapi. Dalam hati mungkin berkata, ‘ Ya, Allah, beratnya ujian ini untuk hambaMu ini’. Tapi, bukankah Allah telah menukilkan dalam KitabNya Al-Baqarah 286 yang bermaksud : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”.

Bila ditimpa ujian, ke mana atau kepada siapa kita akan mengadu? Pada RabbNya? pada suami? Pada isteri? Pada sahabat karib? Pada emak? atau  curahkan saje pada laman Facebook? Atau pada sesiapa sahaja yang boleh kita kongsi masalah kita? Kenapa bukan Dia yang menjadi pilihan kita? Bukankah Allah itu Maha Mengabulkan permintaan hambaNya?

Mungkin sekadar luahan hati ana, mengingatkan kembali pada diri dan pada sahabat yang disayangi, agar  jangan melupakan Dia di saat susah mahupun senang. Ingat kembali kata-kata hikmah yang berbunyi, ‘ Cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusiakan mati, cintakan Allah, kekal abadi’.

Kekadang kita tahu teorinya, tapi, hanya sekadar memenuhkan ilmu di dada, ‘ Al-‘ilmu fi shudur’, bila nak dipraktikkan ilmu yang ada?  Risau juga kot-kot ilmu yang dipelajari hanya menjadi seperti pohon yang tak berbuah. Nauzubillah.

fever-main_FullAlhamdulillah wa syukru lillah kerana ana dan zaujiy habibi diuji dengan hilangnya nikmat kesihatan buat sementara waktu ini. Sudah seminggu ana dan zauj mengalami symptoms Upper Respiratory Tract Infection (URTI)/ gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam dan running nose. Dah dua kali berjumpa General Practitioner (Dr kat private clinic), tapi, mungkin belum masanya untuk sembuh, still lagi demam and running nose.

Yang menyebabkan ana menulis entry ‘ Aku dan Dia’, kerana pada awalnya zaujiy habibi yang mengalami URTI dulu, so, kiranya ana happily dan freely to take care of him. Malam-malam bangun, buat tepid sponging pada zaujiy, bagi ubat  ikut masanya dan kiranya saat yang paling bahagia buat diri seorang zaujah sebab dapat berkhidmat pada zaujiy habibi even dalam hati, ‘ Ya Allah, sembuhlah zaujiy habibi dan berilah sinar mata kebahagiaan dan keceriaan bila menatap wajahnya’. Yelah, zaujah mana yang  tak risau, tatkala menatap wajah zauj yang redup dan tak bermaya.Terselit rasa kasihan dan penuh harapan moga Allah perkuatkan Iman dalam menghadapi ujian ini.

Tup-tup, dua hari selepas tu, ana pula mengalami symptoms yang sama.  Tibalah saatnya, zaujiy habibi menjadi doctor peribadi buat diri ini. Jazakillah atas jasa zaujiy habibi.

Dalam keadaan dua-dua masih tak sihat, ana mendapat satu ibrah bahawasanya, dalam saat diri ini dicintai dan disayangi oleh insan yang ana cintai dan sayangi, tapi… di sana… Dia tetap ada. Yang sudi mendengar dan mengabulkan permintaan setiap hambaNya.Dia yang memberi nikmat kesihatan dan berhak mengambilnya. Dia yang menyembuhkan segala penyakit dan tidak ada penawar selain dari penawarNya. Ana akur pada qada dan qadar Allah. Moga ujian ini menambahkan lagi keimanan ana dan zaujiy habibi dalam menyoroti bait-bait kehidupan ini sebagai insan soleh wa musleh. AMIN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: