Ini Adalah Amanah Buat Kami

15 Nov

28weeksInilah hakikatnya. Usia zuriat dalam kandungan ana kini mencecah 7 bulan. Syukur wal hamdulillah atas nikmat yang tidak terhingga ini. Insya Allah, viable,with estimated fetal weight 1101 g, latest scan on last Monday.Betapa cepatnya masa berlalu dan seolah-olah ana rasa bersalah pada zuriat kami kerana banyak perkara yang belum terlaksana sebelum dan semasa kehamilan ini. Tapi, ana sedar, masih banyak lagi kelemahan ana yang perlu diperbaiki dan diperhalusi. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami ini.Amin.

Gembira dan debaran silih berganti dalam benak fikiran ana. Gembira dan tak sabar-sabar menghitung hari untuk melihat, menatap dan memeluk mujahid kami, zuriat kami yang hadir di saat abi dan umminya saling bersangka baik pada RabbNya dan cinta-mencintai keranaNya. Tapi, di sebalik kegembiraan, ada juga terselit debaran menanti si mungil yang akan muncul tiba nanti. Debaran untuk memikul tanggungjawab sebagai ummi dan abi muda dalam mendidik, mengasuh, merawat dan memberi pelajaran pada mujahid kami. Persoalannya, adakah ana dan zaujiy habibi sudah bersedia untuk tanggungjawab tersebut?

‘ 9 Bulan Paling Menentukan’, karya Muhammad Muhyiddin, terbitan Diva Press, Indonesia, yang banyak menyingkapi rahsia-rahsia melahirkan generasi soleh wa musleh semenjak di alam rahim lagi banyak membuka horizon pemikiran dan tanggapan ana terhadap tanggungjawab sebagai seorang ummi dan abi dalam mendidik mujahid kami nanti. Hakikatnya, ada sesetengah pihak faham bahawasanya, mendidik anak bermula selepas kelahiran. Ada juga pihak yang faham mendidik ana semenjak di dalam kandungan ibunya lagi. Ada juga yang memahami tanggungjawab melahirkan anak soleh bermula ketika pemilihan calon suami atau isteri. Tapi, adakah kita betul-betul faham kenapa pendidikan anak-anak dimulakan sebelum walimah lagi, malah semasa kita remaja lagi? Kerana semasa kita menjadi anak kepada ibu bapa kita, kita melihat dan cuba memahami konsep pendidikan ibubapa kita terhadap kita. Dan dalam masa yang sama, kita perhatikan dan berfikir kenapa ibu dan ayah kita mendidik adik-adik kita seperti itu? Dan, bilamana kita berwalimah, melalui hidup berumahtangga dan mengimpikan zuriat sendiri, of course, pendidikan ibubapa kita sedikit sebanyak mempengaruhi pendidikan kita terhadap anak-anak kita nanti. Jadi, jangan sia-siakan masa remaja dan masa single anda andaikata mengimpikan zuriat anda menjadi soleh dan musleh.

 Pendidikan anak-anak bermula di alam rahim bukannya difahami sekadar menjaga kesihatan ibu dan zuriat dalan kandungan, bukan juga sekadar mengambil makanan yang bergizi dan bernutrisi, bukan juga sekadar menghafal quran atau bertilawah tetapi,perlu difahami konsep sebenar pendidikan anak-anak kita nanti. Untuk apa? Adakah untuk melahirkan insan soleh wa musleh, adakah untuk melahirkan seorang doctor atau peguam? Tetapi, Islam menggariskan anak-anak dididik untuk menjadi KHALIFAH FIL ARDH, yang menegakkan amar makruf nahi mungkar. Besar tanggungjawab yang menanti di hadapan. Subhanallah.

Hari ini, dunia Barat sibuk dengan penemuan-penemuan baru yang mengatakan early education for baby as early as in the mother’s womb by giving stimulation and so on, tapi, Islam sudah menggariskan dari awal lagi konsep pendidikan anak dalam kandungan. Kenapa tidak diamalkan saje?baby

 Semalam, ana terpaku sejenak, bila one of my classmate present yang 30% of growth development occur during fetal life. Subhanallah, betapa indahnya ilmu bila diperdalami dan diperhalusi. Semuanya berkait dan mengukuhkan lagi pemahaman ana bahawa, yes, mujahid kami ini perlu dididik semenjak dalam kandungan ummi lagi, kerana mujahid ini adalah amanah buat kami berdua…Insya Allah…

2 Responses to “Ini Adalah Amanah Buat Kami”

  1. huruneen November 16 2009 at 8:19 am #

    ^o^ MasyAllah…jzkk atas perkongsian

  2. khomsiah November 18 2009 at 6:50 pm #

    assalamualaikum kak izza..

    alhamdulillah..tahniah! i m hepy for u.. smoga sumenye slamat dlm melahirkan dan mndidik si mujahid kecil , amin~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: