Muhammad Adam Harith Mohd Zahir

2 Feb

Tepat jam 9.38am, Alhamdulillah, anak mama dan papa menjenguk ke dunia yang fana ini. Alhamdullillah wa syukur lillah. Tiada kata yang mampu mama lafazkan buat seketika tatkala mendangar tangisan sang mujahid kami. Saat-saat yang manis pernah mama alami. Anak hasil tautan cinta mama dan papa. Anak yang lahir dikala mama dan papa semakin erat menjalin cinta dan menyulam rindu bila berjauhan. Hampir menitis air mata mama bila ditanya oleh staff nurse ‘Nurul, sebut anak apa ni?’. ‘ Anak laki-laki, nurse’. Selama 38minggu mama dan papa menunggu mujahid kami untuk dibelai dan dipeluk-peluk. Kini, Alhamdulillah, mujahid kami dah ada di alam realiti. Tak perlu lagi papa dan mama berteka-teki setiap malam, ‘ Abang, agak-agaknya anak kita ni macamana ye?’ selalu mama tanyakan papa keadaan anak kami ni. Dan papa mesti akan jawab, ‘ apa-apa pun kita wajib bersyukur. Dah banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Allah bagi kesempatan pada sayang untuk pregnant, dan kini bakal menimang cahaya mata. Apa-apa yang terjadi, kita wajib redha dan bersyukur.’ Tersemat nasihat zaujiy habibi dalam lubuk sanubari mama.

Mujahid kami, dinamakan MUHAMMAD ADAM HARITH MOHD ZAHIR, selamat dilahirkan jam 9.38am, 25 January 2010, di Kuantan Medical Centre, Kuantan, Pahang. Dilahirkan by Emergency Lower Segment Caesarean section(EMLSCS) due to thick meconium. Alhamdulillah, Adam Harith belum lagi in distress condition so, Apgar score 9/10.Pink, no grunting, and clear suction. So cute, beratnya 2.19kg. small for gestational age. May be genetic, because mama dulu pun memang dilahirkan cute juga. Adam Harith diazankan oleh pak cik Dr Mat Nor Sundari (Pakar Orthopedik dan merangkap juga timbalan YDP ISMA Pahang) di dalam operation room. JZKK utk Dr Mat Nor. Bukan papa tak nak azankan Adam Harith, tapi, masa tu, papa masih on the way KL-KTN. Lagipun, if papa ada, papa tak boleh masuk OT.

Mama ditolak keluar OT lebih kurang jam 10.15am. mama dah sedar but not fully recover yet. Just because mama had spinal anaesthesia. Pinggang ke bawah still kebas dan tak rasa apa-apa. Terharu sampai tergenang air mata mama bilamana dipeluk dan dicium kasih oleh Mama Long. Tak mampu nak berkata-kata selain tangisan kegembiraan dan kesyukuran. Cuma mama mampu cakap, ‘Kak Long, tanggungjawab kita makin bertambah’. Lepas tu, mama tak boleh menutur kata-kata. Sebak dalam kegembiraan dengan kehadiran mujahid kami. Hadiah yang tak ternilai papa untuk mama!!!

Muhammad Adam Harith: Mujahid yang akan menemani mama dalam saat-saat mama berjuang untuk final professional exam bulan May nanti. Adam Harith yang akan menguatkan mama bila mama lemah atau down. Adam Harith, senyumanmu, IA, membuatkan mama dan papa makin melaju dan lebih bersemangat menelusuri bait-bait perjuangan dakwah ini. Moga Adam Harith menjadi ‘penjaga’ yang setia untuk mama dan papa, di dunia dan juga di akhirat nanti.Insya Allah.

 

Hari pertama di KMC

Senyuman manja Adam Harith

Adam Harith Day 5

 

Ciuman Papa untuk Adam Harith

 

4 Responses to “Muhammad Adam Harith Mohd Zahir”

  1. shazwin February 3 2010 at 2:05 pm #

    salam.

    yusuf thola’at lahir 3 hari awal dari adam harith rupanya.. walaupun cara berbeza melahirkan anak, tapi perasaan yg dialami adalah tetap sama.. terharu.. sebak.. gembira.. bersyukur.. semua nya ada.. mudah2an mujahid2 yg lahir akan menjadi qaedah sulbah untuk islam.. ameen3.

    mabruk!!

    ummu yusuf.

  2. suami dan bapa February 3 2010 at 10:50 pm #

    Tahniah dan terima kasih kerana telah melahirkan anak kita! Semoga dia tumbuh menjadi seorang Mujahid yang bermanfaat untuk Islam dan Kaum Muslimin. Amin.

  3. maisarah February 7 2010 at 12:18 am #

    mabruuuk..
    tumpang gembira dgn kelahiran adam=)
    muda2an makin menyemarakkan amal da’wah
    insyAllah

  4. Atin Min February 8 2010 at 8:23 am #

    Alhamdulillah…. saat yang penuh dgn sebak kegembiraan tatkala mendengar semuanya selamat, tapi sebelum semua itu, merupakan saat yg penuh debar dan gusar. Semuanya dalam percaturan Allah supaya hamba2Nya bertambah2 syukur kepadaNya. Subhanallah….sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Moga Adam terus membesar menjadi mujahid Islam yg diredhai Allah. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: