Isu UPSR dan PMR

19 Oct

Isu pemansuhan PMR dan UPSR yang hangat dibincangkan semenjak berbulan-bulan lamanya dan minggu lepas,selepas 3 rundingan meja bulat diadakan, sudah di announcekan keputusannya. UPSR dikekalkan, PMR dinaiktarafkan. Tapi, perlaksaannya-2016.

Ana rasa terpanggil untuk menyuarakan my personal opinion terhadap isu ini. Even ana bukan dari Kementerian Pendidikan, tapi, memandangkan isu ini atau system ini melibatkan anak-anak ana dan generasi yang akan datang, IA, ana cuba yang termampu.

Setiap kali tibanya musim peperiksaan, samaada UPSR, PMR, SPM atau pun exam-exam final semester/blok, hati kecil ana sentiasa berbisik- alangkah baiknya jika dimansuhkan semua exam-exam ni. Stress dan rasa diri ini serba kekurangan, rasa kosong ilmu di dada, dan risau akan exam  menyebabkan ana rasa macam tak nak ambil exam !

Tapikan, masa kat uni dulu, banyak juga clerking sheet / case write up  atau lebih kurang assignment yang mesti dibuat dan dihantar sebelum exam bermula. Ini dikira sebahagian dari assessment exam juga. some contribute 10% and some lebih banyak dari itu.Banyak manfaat dan ilmu baru yang kita pelajari ketika menyiapkan case write up ni. Tapi, kadang-kadang tu rasa juga tension.

Bagi ana kebaikan exam :

1-      Setiap kali tiba musim exam, kita akan membaca, revise, buat notes dan hafal apa yang perlu dihafal. Dan jika masih ada lagi tajuk-tajuk yang masih tak faham, masa inilah minta tolong kawan ajarkan atau  direct jumpa cikgu/lecturer. Perasaan malu memang diketepikan ketika itu. Natijahnya, ilmu-ilmu yang dipelajari tu rasa semuanya ada dalam dada dan macam tak sabar-sabar nak muntahkan ketika exam. Apa yang nak ana pointkan di sini, exam akan menyebakan kita berusaha untuk memperdalamkan ilmu yang dipelajari.

2-      Exam juga akan menilai sejauh mana kefahaman kita dan ilmu yang kita ada terhadap sesuatu subject. Bila kita faham, IA, lebih mudah untuk tackle soalan exam.

Antara keburukan exam pula :

1-      Exam questions hanya menyentuh bab-bab yang terpilih saja. Sedangkan apa yang kita pelajari terlalu banyak. Kat sini,apa yang ana rasa, depends on our luck. If you are lucky, you can get the questions from what you had read before. Kalau tak baca, alamak, berdecing-decing menggoreng ketika exam.

2-      Masa exam juga, even meniru dilarang dan diberi amaran akan dismiss, tapi, seingat ana, ketika di sekolah dan di matriculation centre, sempatlah tengok classmates di sebelah ana meniru. Ada juga classmate dengan beraninya Tanya ana ketika exam, tapi, ana seorang skema, so tak pandai nak bagi jawapan. Minta maaf kalau sahabat ana tu membaca tulisan ni. So, di mana keadilan  jika orang yang main-main ketika belajar/class, tup-tup dapat fflying color dalm exams disebabkan meniru? Layakkah dia menjadi pekerja yang Berjaya?

3-      Sejak kebelakangan ni, apa yang ana dengar dan perkongsian pengalaman dari mak sedara ana tentang UPSR  di Kelantan akan menyebabkan ana setuju sangat-sangat jika UPSR dimansuhkan. Kenapa? Kerana di negeri ini persaingan terlalu sengit untuk menjadi sekolah terbaik keputusan UPSR sehinggakan ada guru-guru yang sanggup menggabaikan amanah dengan menjual soalan-soalan exam. Anak-anak murid yang suci dan polos tersebut menjadi mangsa ketamakan guru-guru yang pentingkan kejayaan duniawi. Calon-calon UPSR hanya mengulangkaji soalan-soalan yang bocor dan menghafal apa yang patut. 5A memang dapat dicapai, tetapi, kualitinya bagaimana? Adakah individu-individu ini yang akan memimpin ummah suatu masa nanti? Tentu tidak, pemimpin mesti mempunyai peribadi yang soleh dan berfikiran kritis dan kreatif, bukan yang Berjaya melalui jalan singkat.

Secara peribadinya, ana setuju jika UPSR 60% dari exam dan 40% dari kegiatan ko kurikulum. Bagi ana ini lebih adil kepada semua pihak. Sebab, seorang murid yang bijak tidak semestinya aktif dan participate dalam kegiatan koku. Jika seorang murid bijaknya adalah tahap sederhana tapi aktif dan boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta mempunyai leadership yang tinggi, ana yakin, murid ini lebih Berjaya di masa hadapan jika diberi peluang. Ana menulis berkongsi rasa apa yang ana alami kerana ana adalah murid yang kedua tadi.

Pokoknya, exam dan juga assignment both akan menyebabkan tension jika tidak diuruskan dengan baik. Dan both juga akan menyebabkan diri kita menjadi mantap jika kita hadapi dengan persediaan yang secukupnya dan juga dengan redha Allah. Ingatlah, apa-apa yang kita usahakan, berserahlah pada Allah yang layak menentukan segala-galanya. Kita sebagai hamba yang dhaif, hanya mampu berusaha dan berusaha selagi kita mampu di samping doa pada Nya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: