Ke Mana Masa Anda Diperuntukkan ???

28 Oct

Masa berlalu dengan cepat, secepat awan di langit dan selaju tiupan angin. Di saat-saat keseronokan , masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas sekali. Cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda, maka masa yang berlalu di saat-saat begini dirasakan terlalu lama.Aduhai masa…!

Bagi wanita yang bekerjaya, masa 24jam bagaikan sepantas kilat ianya berlalu. Seharian di pejabat, dan pulang ke rumah, menguruskan rumahtangga dan malamnya pula sudah tentu penat keletihan. Dan rutin ini diulang dan diulang sehingga ajal tiba.

Persoalannya, jika kita seorang wanita yang berkerjaya mahupun surirumah sepenuh masa, masih adakah sekelumit masa untuk kita infakkan di jalan dakwah, demi menegakkan amar makruf nahi mungkar? Bukankah dakwah ila Allah itu merupakan mewajipan kita sebagai seorang muslim? Sepertimana firmannya yang bermaksud,

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk): Ali-Imran :110

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pembaca supaya rancang masa kita dengan bijaksana agar ada masa kita diperuntukkan untuk dakwah ila Allah di samping kesibukan kita mengejar duniawi. Moga masa yang kita nikmati beroleh keberkatan.

Al-syahid Hassan Al-Banna berkata :“Dia(masa)hidup! Tidak ertinya hidup manusia, selain dari masa-masa yang dia beramal , semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir!”

Rujukan : Detik-detik masa dalam kehidupan Muslim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: