Kenapa Saya Perlu Thabat dalam Dakwah

2 Mar
  1. Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah mengecapi nikmat Iman dan Islam. Cuba perhatikan di sekeliling kita, adakah ikhwah/akhawat kita sekarang merupakan kawan sekolah rendah kita dulu? Adakah juga kenalan sewaktu sekolah menengah dulu? Kalau diri saya, jawapannya ‘tidak ada’. Kawan seuniversiti, Insya Allah ada, tetapi, thabatkan kita dalam menelusuri bait-bait perjuangan Rasulullah ini? Personally, ana rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini kerana ana sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan, status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak. Tetapi, ia adalah kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini. Jadi, nikmat ini tidak perlu dipandang rendah atau diperlekehkan. Saya perlu bekerja keras  untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan saya dan keluarga saya.
  2. Saya mengenali jalan dakwah ini semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah sehingga kini, masih berada dan bersama ikhwah/akhawat  dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini. Dan harapan saya, agar ianya kekal sehingga kematian menjemput saya nanti. Amin. Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun ditarbiyyah dan berdakwah ni, banyak pengalaman yang ditimba, ilmu yang dipelajari dan tidak lupa juga pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi, ada kalanya saya Berjaya melawannya dan ada kalanya saya kalah pada cabaran dan emosi dalam menghadapinya. Namun, bila menyedari hakikat ini, saya rasa tidak sepatutnya saya meninggalkan jalan ini dek kesibukan bekerja sebagai Houseman ataupun disibukkan oleh anak kecil yang kian membesar dan ianya juga menuntut perhatian yang lebih dari si Ibu. Kenapa ujian yang datang ketika ini tidak mampu saya tangani? Patutkah saya menggadaikan keringat, masa dan wang ringgit yang telah saya laburkan 10 tahun yang lalu demi cabaran hari ini? Jawapan saya, memang tak patut, dan oleh itu, walau apa pun cabaran dan masalah yang melanda diri, keluarga dan karier, Insya Allah, saya akan terus bersama ikhwah/akhawat dalam perjuangan ini.
  3. Saya tak dapat bayangkan kehidupan saya dan keluarga jika tiada tarbiyyah yang mewarnainya. Rasa ‘plain’ je hidup ini jika tak ada input tarbiyyah. Mesti hanyut dalam ragam manusia hari ini yang berkiblatkan barat dan semakin jauh dari nilai-nilai Islami. Nau’uzubillah. Dan dengan kesedaran itu saya perlu thabat dan bekerja keras lagi mengajak insan-insan di luar sana untuk bersama-sama di dalam medan dakwah dan tarbiyyah ini. Sebab, dengan jalan inilah,terbukti mampu membawa seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah.  Betul, bekerja itu pun merupakan ibadah, mesti diganjari pahala. Tetapi, setakat mana bekerja itu ibadah sedangkan di dalam hati asyik merungut dan rasa diri bagaikan dipaksa-paksa bila di beri jadual oncall every other day? Susah bila diri tidak intima’ dengan jemaah. Hati selalu dikotori oleh sikap nafsu yang rakus dan dunia dijadikan tujuan yang utama dalam kehidupan kita. Sebaliknya, bila berada dalam system tarbiyyah, wajib hadir usrah sebab di sana, Insya Allah, akan membersihkan hati-hati yang dikotori oleh nafsu dan hubb dunia.
  4. Semasa di IIUM Kuantan dulu, ketika di tahun satu pengajian, saya teramat aktif dengan persatuan dan yang kemuncaknya saya merupakan salah seorang pelopor  penubuhan Volunteer Team. Pantang ada kelas/kuliah agama, pasti saya luangkan masa untuk menghadirinya. Tetapi akhir 2007, bumi Kuantan menyaksikan perubahan pada diri saya, yang mana saya mula memahami kehidupan dan karakter dai’e ila Allah setelah menghadiri Seminar Belia Islam Nasional anjuran PEMBINA di Negeri Sembilan. Itulah turning point bagi saya yang mana setelah itu, saya hanya focus pada ISMA dan PEMBINA. Saya ambil keputusan sebegini kerana saya faham akan kebenaran di jalan dakwah ini. Apa yang perlu dirungsingkan, bergiat aktif dalam jemaah tidak semestinya merencatkan potensi bakat dan kepimpinan yang saya ada. Malah, ianya terus digilap dan diperhalusi sehingga kini. Dan di situlah advantage yang saya nampak jika terus bersama jemaah. Jika aktif dalam persatuan di uni, sehinggakan  sibuk dan tak sempat untuk menghadiri program jemaah, tetapi kini, saya dan kawan-kawan sudah bergelar graduant. Sudah jauh ditinggalkan persatuan di uni. Dan sekarang ada apa? Adakah bakat yang ada terus digilap? Atau ianya hanya disimpan dalam bentuk certificate untuk tatapan anak-anak nanti?
  5. Bergelar seorang doktor dan yang semestinya bertugas di hospital menjadikan diri seseorang tidak mengenali dan tidak mengamalkan nilai-nilai islami. Memang logic jika difikirkan kebenarannya, kerana seorang doktor berpeluang belajar dan arif dalam bidang kedoktorannya. Tetapi, perlukan extra time untuk mendalami ilmu-ilmu kejiwaan dan ukhrawi. Apatah lagi bila si doktor itu sudah berkeluarga, perlu menuntut masa yang lebih dalam mendalami ilmu rumah tangga dan juga mendidik anak-anak. Dan di sini, tahniah kepada ISMA kerana meng’offer’kan  pakej yang lengkap untuk diri saya, zaujiy habibi dan juga zuriat kami. Sebab ISMA ada biro wanita dan kekeluargaan, NAZIM, KRIM dan PEMBINA. Semua lengkap untuk membina generasi harapan. Dan dengan itu, saya tidak sepatutnya mempersiakan peluang yang ada di hadapan saya ini kerana mengajar sesuatu yang belum pasti saya dapat.
  6. Antara tujuan saya berdakwah adalah untuk melihat dan mendidik bangsa saya khasnya supaya betul-betul beriman kepada Allah, yang mana melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Cita-cita saya supaya Islam itu berada dalam diri setiap insan di dunia ini, bukan hanya dipertuturkan di tepian bibir atau pun dipijak-pijak oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Biarlah Islam itu mentadbir seluruh alam ini. Ingin saya atau pun generasi sesudah saya mengecapi dunia islami sepertimana pada zaman Rasulullah, khulafa’ ArRasyidin, zaman Uthmaniah dan juga Zaman Abbasiyyah. Rindu untuk berada pada zaman kegemilangan islam seperti dulu. Dan realitinya kini, ummat makin jauh dari nilai-nilai islami. Zina, sumbang mahram, arak, mendedahkan aurat dan sebagai amat berleluasa kini. Umat hari ini sudah tenat dalam penyakit hati yang dihidapinya. Walaupun sudah tenat, tetapi umat hari ini tidak sedar yang hatinya berpenyakit. Itulah bahayanya arus yang melanda umat kini. Dan sebagai seorang ibu, saya risau, jika umur pendek, adakah zuriat saya kan berada dalam keadaan sama atau pun lebih teruk lagi dengan masalah sosialnya? Nauzubillah. Dan dengan itu, saya perlu jadikan dakwah ini sebagai core bisnes saya supaya generasi akan datang mampu mengecapi kemanisan iman dan aman d bawah pentadbiran berasaskan syariat Islam.

“Ya tuhan kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi engkau , kerana sesungguhnya engkaulah Maha Pemberi Kurniaan” (Ali Imran:8)

3 Responses to “Kenapa Saya Perlu Thabat dalam Dakwah”

  1. ummu yusuf April 6 2011 at 11:05 am #

    “tahniah kepada ISMA kerana meng’offer’kan pakej yang lengkap untuk diri saya, zaujiy habibi dan juga zuriat kami. Sebab ISMA ada biro wanita dan kekeluargaan, NAZIM, KRIM dan PEMBINA. Semua lengkap untuk membina generasi harapan. Dan dengan itu, saya tidak sepatutnya mempersiakan peluang yang ada di hadapan saya ini kerana mengajar sesuatu yang belum pasti saya dapat.”

    indeed!!🙂

  2. Ghazwatul Fikr June 15 2011 at 8:45 am #

    wajah baru.. tapi entri baru belum ada..

  3. madihah rushaidhi July 15 2011 at 7:42 pm #

    salam ukht…..semoga terus thabat! : )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: