Didiklah anak-anak kita…

14 Nov

“Hai, saya Upin. Ini adik saya, Ipin”

“Betul-betul”

“Ini kisah kami berdua”

“Eh, engkau dah lupa ke?”

 “Haa,ini kisah kami semua”

“ Hai !!!”

Itulah skrip saban hari yang kini menjadi tontotan rasmi buah hatiku, Adam Harith Mohd Zahir. Pantang terdengar olehnya lagu tema dan muqaddimah animasi bersiri Upin Ipin, pasti mata si kecil yang masih suci ini melilau ke sana dan ke sini mencari punca bunyi tersebut. Tidak kiralah di mana dia berada, di dalam tandas, di kedai runcit mahupan semasa menaiki bas Rapid KL. Subhannallah, seawal usia dua tahun, dia sudah bijak menghafal dan menghayati bait-bait dialog siri animasi tersebut.

Kadang-kadang dalam tindak tanduk sehariannya, pasti ada keletah yang mencuit hatiku dan suami yang ditirunya dari siri animasi tersebut. Yang paling kami bangga adalah istiqamahnya Adam dengan bacaan doa sebelum makan. Pertama kali dia beraksi begitu, hampir sahaja empangan air mata si ibu pecah. Ya, air mata kebanggaan. Bangga kerana anak ini mampu meniru aksi positif dari animasi tersebut. Masih terbayang bilamana kedua-dua tangan kecil itu diangkat dan dirapatkan seterusnya di dekatkan ke dagunya.Bila sahaja dia menadah tangan, pasti mulutnya termuncung-muncung membaca doa walaupun kami sendiri tidak memahami kata-katanya. Kadang-kadang, doanya lagi panjang dari doa yang kami bacakan , mungkin permintaannya lagi banyak pada Illahi yang Maha Pemberi Rezeki. Sudah hampir 3 bulan Adam Harith tetap beristiqamah membaca doa setiap kali makan. Dialah yang mengingatkan kami tatkala kami terlupa menadah tangan dek kerana kami membaca di dalam hati.Alhamdulillah, min Fadhli Rabbi.

Bukan siri animasi Upin Ipin yang ingin daku ketengahkan. Cuma, ibrah dari kisah ini yang menjadi starting point untuk daku dan suami menggiatkan lagi usaha-usaha untuk mengajar Adam Harith tentang adab-adab dalam kegiatan seharian. Seperti mana sabda Rasulullah saw : “Ajarilah anak-anakmu adab…….” mungkin sebelum ini, kami sudah mendedahkan padanya tentang adab-adab dalam kehidupan seharian, contohnya membaca doa menaiki kenderaan, membaca doa makan dan sebagainya, tapi, ajaran itu hanya menjadi input yang hanya disimpan dalam memori discnya tanpa adanya output. Alhamdulillah, doa dan harapan kami untuk melihat output yang diproses oleh buah hati ini terhasil jua walaupun agak lambat. Well done, Adam Harith!

‘Jangan mudah berputus asa’. Itulah hakikat dalam mendidik buah hati ini menuju syurga. Untuk menulis dan menuturnya mungkin agak senang,tetapi, untuk merealisasinya dan mendarah daging dalam kehidupan kita sebagai ibu bapa terutamanya amatlah sukar dan perlukan sokongan dan dokongan dari insan yang bergelar suami yang juga merupakan bapa kepada buah hati ini. Sudah menjadi lumrah, si kecil ini bagaikan kain putih yang suci lagi murni untuk dicorakkan oleh kedua ibu bapanya sama ada untuk menghasilkan corak yang cantik, berwarna warni dan indah dipandang orang ataupun corak yang hitam legam,statik dan dicemuh masyarakat. Seperti mana hadis Rasulullah saw,” anak itu ibarat seperti kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”. Sudah jelas lagi terang, itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa yang perlu digalas dengan penuh beramanah dalam membawa anak-anak ini mengenal Allah yang menciptaNya. Berat, tetapi Insya Allah, mampu digalas dan dipikul selagi mana ibu bapa itu sedar anak-anak merupakan mad’u yang paling hampir dan paling terpengaruh dalam kehidupan ibu bapa yang juga bergelar seorang dai’e.

Di sebalik kisah ini, apa yang kami dapat sebagai ibu dan bapa pada si kecil ini adalah, si anak yang masih suci ini tidak pernah gagal untuk meniru setiap perbuatan yang dilihatnya sama ada dari kaca televisyen, skrin computer mahupun tindak tanduk ibu bapanya. Dan di sinilah peranan ibu dan bapa dalam menjadi ikutan dan juga qudwah untuk anak-anak yang tercinta. Ayuh, ibu dan bapa, lengkapkan diri anda dengan akhlak yang murni agar si anak ini menjadi seperti Muhammad Al-Fateh dan juga Mus’ab Bin Umair di era 2020 ! jangan asyik hidangan si permata hati dengan animasi upin dan ipin, sebaliknya dedahkan pada si kecil ini nasyid Alif Ba Ta yang pasti akan mencuit dan menghiburkan jiwa anak-anak ini di samping pendedahan awal kepada Kalamullah.

 

A BA TA SHA JA HA KHA……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: