Archive | December, 2013

Good bye QDEES…welcome to LITTLE CALIPH

31 Dec

14 bulan telah berlalu…
Kini, mujahidku kian berganjak ke tahun kedua playschool.atau dengan istilah lain kindergarden.

Tahniah buat Adam Harith kerana mampu bertahan berhempas pulas menghabiskan 4 sem di Tadika Minda Elit walaupun diuji dengan pelbagai cabaran.Selalu terkena URTI.ada juga terjangkit head lice.tak lupa juga jangkitan scabies.

Alhamdulillah.Allah telah memudahkan niat hambaNya (baca:parents) demi memupuk anak ini mencintai ilmu.

Hari-hari terakhir Adam di QDEES.

image

image

image

Buat guru-guru di Tadika Minda Elit…
Tahniah dan sekalung penghargaan buat jasa kalian mendidik dan mengasuh anak ini. Moga jasa kalian di balas dengan sebaik-baik balasan.

Buat kawan-kawan Adam…
Muiz…..Mia…..Ishak…..
Terima kasih atas persahabatan kalian. Betapa eratnya kalian di sekolah sehinggakan Adam masih menyebut-nyebut nama kalian bilamana berada di rumah.

For Little Caliph…
Nantikan kehadiran si cilik ini untuk mengaup ilmu ukhrawi dan duniawi untuk menjadi khalifah di bumi Illahi.
Aminnn…