Archive | June, 2009

Kenangan lalu subur kembali

17 Jun

16 December 1997

logosekolah‘Izza, awak mesti bangkit atas kegagalan awak tu.Awak pelajar yang mempunyai potensi yang cerah. Kegagalan ini tak bermakna awak gagal selama-lamanya. Masih ada masa untuk awak mengejar cita-cita awak.Jangan mudah putus asa’, Pesan guru Bahasa Melayu ana ketika ana tengah bersedih menatap slip peperiksaan UPSR yang baru diumumkan pagi tadi.Satu-satunya guru yang cuba menenangkan diri ana ketika itu. Ibarat seorang ibu memujuk anaknya.

Sedih dengan apa yang tercatat di atas sekeping kertas itu. Apa yang ana fikirkan,inilah usaha ana berulang alik siang dan malam menghadiri kelas tambahan di sekolah. Hadiah yang mengharukan buat keluarga tercinta. Hanya 4A 1C. Tak sanggup rasanya menatap slip peperiksaan itu lama-lama. Sebab hanya mengundang tangisan yang sudah lama bertakung di lacrimal gland.

Pada siapa yang ana ingin kongsikan kesedihan di atas kegagalan ini? Pada abah dan ummi…masakan ana nak menambahkan lagi kesedihan yang mereka alami. Pada atuk nenek dan mak cik-mak cik… mereka tak mengerti betapa kecewanya hati ini mendapat keputusan sebegitu.Kepada adik-adikku…ahh, mereka masih mentah untuk berkongsi kesedihan ini. Tak pe…biarlah masa yang mengubati kesedihan dan kekecewaan ini.

Berjumpa guru-guru yang dulu menjadi rutin ana  untuk bertanya itu dan ini, tapi kini, semuanya lenyap sama sekali. Lenyap dengan keputusan UPSR yang ana ada. Malah, kini ditambah dengan perasaan yang malu dan tak tahu macam mana nak sorok muka ni bila berjumpa mereka. Ana tahu, ana memang mengecewakan mereka. Ayam tambatan sekolah hanya dapat 4A 1C? Hanya mencabar kewibawaan guru-guru dan menjatuhkan prestasi sekolah? Hanya mencoteng arang ke muka bendahari PIBG yang disandang oleh abah ana ketika itu?

Teringat kata-kata pahit yang terpaksa ana telan bila berhadapan dengan PK HEM, Cg Hajjah Rahimah,’ Izza, result awak ni, hanya layak pergi sekolah biasa je. Jangan beranganlah nak pergi ke sekolah berasrama penuh atau pun MRSM. Kuburkan saja cita-cita awak nak jadi doktor tu. Orang lain lagi hebat dan terror dari awak.’

Subhanallah, hinanya result ana itu di mata guru-guru.Ana berlalu dengan sedih tanpa mengisi borang SBP dan juga MRSM. Dulu diri ini disanjung dan dijadikan anak emas SK Sri Ketereh, tapi, result UPSR mengubah segala-galanya. Ana di benci dan dicemuh oleh guru-guru.

Tapi, jauh disudut hati ana sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah tu, ana bermonolog dalam diri,’ Sekolahku dan guru-guruku, jadilah saksi bahawa ini bukanlah kegagalan buat diriku. Tapi, sebagai motivasi untukku lebih maju pada masa depan. Mendung bukan selama-lamanya. Bila awan mendung berarak pergi, terbitlah pelangi indah yang berseri.’

Ana dan Cg Hjh NorzimahJazakallahu khairan kathira pada guru-guru ana  di SK Sri Ketereh kerana telah menjadi motivator untuk ana terus mengorak kejayaan. Rasa terhutang budi yang tak terhingga pada Cg Hajjah Norzimah Mahmood yang sehingga kini masih mengikuti perkembangan ana. Sungguh, budi yang cikgu curahkan sampai ke akhir hayat.

Apa yang ana nak kongsikan di sini, jangan mudah berputus asa, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.Baiki diri, jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, keluarga dan guru-guru.Gantungkan setinggi-tinggi harapan pada Allah, sebab Allah yang berkuasa segala-galanya. Untuk sahabatku,bila menghadapi sesuatu situasi, luaskanlah horizon pemikiran kita supaya kita boleh nampak pelbagai jalan penyelesaian. Wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, biarkan airmata itu mengalir seketika bukannya selama-lamanya. Insya allah, yakinlah, kejayaan itu adalah milik insan yang berusaha dan yang beriman.

Mabruk…Zaujiy Habibi

11 Jun

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ – وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ – الَّذِى أَنقَضَ ظَهْرَكَ – وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً – إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً – فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ – وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

Alhamdulillah, seronok menemani zauj mengisi borang-borang tawaran eksekutif PETRONAS. Syukur pada Allah, penantian kami yang hampir 6 bulan berhasil.Akhilah insan yang amat bersabar dengan penantian ni. Kedua-dua  famili kami asyik call dan tanyakan ‘dah dapat keje ke belum?’ .Kadang-kadang pertanyaan tu menguji kesabaran kami juga.

Whatever, tu dah jadi sejarah dan kenangan untuk kami berdua. Kami smpat belajar how to deal wisely with our families.

gelisah-hatiItulah tarbiyyah dari Allah. Untuk menguji kesabaran dan kesetiaan hambaNya. Kalau ikutkan nafsu,ana rasa memang boleh bergaduh suami isteri. Yelah, economy down, tekanan dari family, pandangan masyarakat sekeliling ‘awatla suami dia tak keje’ dan macam-macam lagi.Tapi, berbekalkan sekelumit kesabaran dan kebergantungan padaNya menyebabkan  ana dan zauj bersabar dan bersabar sampai ke saat ini.Hanya bertawakal padaNya dan jauh di sudut sanubari kami, Insya Allah, zauj akan capai impian selama ini…to be PETRONAS executive.

Tapi, dalam mengecapi nikmat Allah tu, ana sedih juga. Sedih sebab terpaksa berjauhan dengan zauj.KL-Kuantan mampu menitipkan rasa rindu ana pada zauj.Insya Allah, ana pujuk hati ni supaya bersabar dan serahkan segala-galanya pada Dia. Dia yang menentukan mana yang terbaik untuk kami.doa pada allah

Yakin, sabar dan bergantung harap padaNya itulah rahsia kebahagiaan baitul muslim kami.

 

Mabruk ila zaujiy habibi….