Archive | 5:45 pm

Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan

7 Oct

Satu lagi buku yang agak menarik untuk dikongsikan bersama sahabat2 semua.

 

Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik di depan terasa hambar

 

Belajar dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan  saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

 

Inilah puasa panjang nafsuku

Kekuatan ada apada menahan

Dan rasa nikmat itu terasa, di waktu buka yang penuh kejutan

 

Cuba sahaja

Kalau Allah yang menghalalkan

Setitis cicipan syurga

Kan menjadi sedekah berpahala

 

Buku ini hadir agar yang belum menikah menjalani penantiannya dengan kesucian nan gagah

Juga, agar yang sudah menikah menghadirkan saat-saat indah penuh barakah…

Ayuh…kembalikan semangatmu!!!

7 Oct

 

‘ Kebanyakan orang mudah berkhayal, namun bukanlah semua khayalan yang melintas di minda itu berupaya untuk diungkapkan dengan lidah,berapa ramai yang mampu mengungkapkan dengan lisan namun tidak ramai yang berupaya memikul beban jihad dan bekerja keras. Para mujahid yang merupakan orang pilihan yang tidak berapa ramai pun adakalanya tersilap langkah dan tidak mencapai matlamat sekiranya tidak mendapat inayah Allah'( Imam AsShahid Hassan Al Banna).
Untuk ikhwah dan akhawat, ayuh, kembalikan semangat mu demi ISLAM tercinta. Jangan biarkan diri kita dibelenggu oleh syaitan-syaitan yang kembali mengganas setelah sebulan dirantai. Sudah tiba masanya utk berlipolysis. Bangunlah dengan semangat dan keberkatan Ramadhan untuk berjuang di medan dakwah. Sedarlah dari mimpi semalam, jangan biarkan angan-angan kita melemahkan himmah dan perancangan kita. Ingat, musuh2 ISLAM sentiasa berkerja untuk menghancurkan ISLAM, tapi, apa sumbangan kita untuk ISLAM tercinta???